Berita Terkini :

KELANTAN FA NEWS FLASH

More on this category »

PIALA MALAYSIA

More on this category »

LATEST UPDATES

Tak Perlu Pergi Jauh

Taman Rekreasi Indera Petra Anda tidak perlu pergi jauh untuk berekreasi.


ANDA tidak perlu merancang untuk pergi jauh semata-mata untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Taman Indera Petra yang terletak bersebelahan dengan Kota Darul Naim, menawarkan pelbagai kemudahan asas untuk anda berbuat demikian. 

Selain daripada menyediakan tempat untuk menjamu selera dengan pebagai hidangan tempatan dan masakan barat, taman ini juga dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak dan taman tema air "Splash".



Tinjauan KELANTAN2DAY ke lokasi baru-baru ini, taman ini tetap menjadi di antara pilihan keluarga untuk beriadah bersempena musim cuti persekolahan hujung tahun. Taman tema air "Splash" pula menjadi pilihan utama untuk bersantai.

Wajah-wajah riang sianak kecil menceritakan rasa gembira mereka bersama keluarga dan rakan taulan. Raut senyum di wajah ibu bapa dan penjaga pula menandakan kepuasan mereka dapat mencari ruang di sebalik kesibukan tugas masing-masing untuk bersama yang tersayang.

Anda tidak perlu merancang berbulan-bulan untuk pergi jauh semata-mata untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Nilai dua jam di taman ini mungkin lebih baik dari pakej 3 hari 2 malam anda di tempat-tempat lain.

VIDEO - Pra Piala Malaysia 2014 : Kelantan 2, Terengganu 1



Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kota Bharu pada 2 Ogos 2014.

Jaringan gol Kelantan oleh Ahmad Shakir Ali (17') dan Fitri Omar (71'), manakala gol Terengganu oleh Moustapha Dabo (40')

Wartawan lokasi : Mia Ibrahim
Jurukamera : Shakir   



VIDEO - Pra Piala Malaysia 2014 : Kelantan 1, JDT 1



Perlawanan Amal Ramadhan Hotlink diantara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim yang berlangsung di Kota Bharu pada 13 Julai. Keputusan masa penuh, Kelantan 1, JDT 1.

 Jurukamera - Wawan Faiz


Piala Malaysia 2014: Kumpulan C adalah kumpulan maut

Piala Malaysia

Undian bagi Piala Malaysia telah pun di buat pada petang tadi, dan Kelantan berada di dalam kumpulan C bersama Pulau Pinang, ATM dan JDT 1.




Mampukah TRW mengulangi sejarah 2010 dan 2012 untuk menjulang Piala Malaysia kali ketiga

Kelantan juara Piala Malaysia Kali pertama selepas 89 tahun

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012 ketika Kelantan menang Treble buat kali pertama


Disediakan oleh WzFadhlan

TMJ FOR PRESIDEN : 2 Janji TMJ

Mewujudkan pengadil profesional dan memberikan dana yang lebih tinggi kepada setiap persatuan bola sepak negeri, itu dua janji yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya dipilih menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2014-2018.

Selain itu, beliau berpandangan pengurusan FAM terlalu banyak kelemahan dan sudah tiba masa­nya, perkara itu diperbaiki dengan bertanding dalam pemilihan sempena Kongres FAM, 25 Mei ini.

Dalam masa sama, beliau bersedia melepaskan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan melantik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar sebagai pengganti jika memenangi pertandingan jawatan Presiden FAM.

“Saya bertanding bukannya bermaksud tidak menghormati Pre­siden FAM, Sultan Ahmad Shah atau Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tetapi kecewa dengan pengurusan yang ada di FAM sekarang.

“Visi dan misi saya jika menjadi Presiden FAM adalah mewujudkan jawatan pengadil profesional dan sebagai badan induk bola sepak negara, kita mestilah bertindak sebagai penjaga liga kita dan bukannya bersikap seperti pemilik.

“Persatuan-persatuan bola sepak negeri mestilah dijaga sepenuhnya dengan turut membantu dari segi kewangan, itulah tanggungjawab FAM sepatutnya.

“Tiap-tiap persatuan bola sepak negeri saya akan berikan RM2 juta hingga RM3 juta sekiranya saya dipilih menjadi presiden, dengan itu mereka boleh membuat segala pertandingan yang lebih banyak di (peringkat) akar umbi," katanya dalam rancangan terbitan Astro Arena, Dengan Izin yang disiarkan secara langsung malam tadi.
GAMBAR: The Photoshooterz

Beliau turut mengkritik mutu Liga Malaysia yang disifatkan masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk Singa­pura selain masih gagal menghantar wakil untuk beraksi dalam Liga Juara-juara Asia.

“Saya masih kecewa kerana pa­sukan-pasukan liga tidak boleh bermain dalam Liga Juara-juara Asia dan liga kita masih Gred D sedangkan liga negara kita berpotensi jauh.

“Singapura mempunyai gred lebih baik berbanding kita, sedang­kan kita bukannya B atau C iaitu gred D sahaja, sesuatu perlu dilakukan dalam hal ini," katanya.

Menyentuh mengenai sebab yang membuatkan beliau tergerak hati untuk bertanding, Tunku Ismail berkata, semuanya kerana permintaan penyokong yang mahukan perubahan di dalam FAM.

“Apa yang saya buat ini adalah dorongan daripada penyokong, ini adalah demi mereka kerana mereka yang mahukan saya membuat sesuatu perubahan di dalam FAM," katanya.

SUMBER: Utusan Malaysia/Sukan




Perubahan Landskap Bola Sepak: Pandangan Penulis Bebas

DYMM Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ menjawab segala persoalan yang telah dikemukan kepada Baginda Tunku tentang perubahan yang telah dilakukan oleh baginda terhadap bola sepak Johor. Bermula kisah kenapa DYMM TMJ ingin merubah bola sepak Johor apabila Baginda Tunku pergi ke stadium yang mana ketika itu hanyalah dipenuhi seramai 15 orang sahaja dan sejurus tamat perlawanan tersebut Baginda Tunku mendengar jeritan "SELAMATKAN BOLA SEPAK JOHOR" jadi bermula dari situlah Baginda menjadi tonggak untuk merubah landskap bola sepak johor.

Dalam pada itu, DYMM TMJ menerima jemputan dari Astro Arena 801 untuk bersama dalam rancangan Dengan Izin yang di hoskan oleh saudara rizal hashim mengenai bola sepak Malaysia. Penulis suka menyentuh bagaimana DYMM TMJ menggunakan fenomena rebranding bola sepak kelantan sebagi model untuk merubah landskap johor dimana Kelantan membawa nama besar seperti Indra Putra ke Kelantan sebagai permulaan dalam merevolusi bola sepak Kelantan.

Gambar: The Photoshooterz
Namun, penulis agak gembira apabila nama DYMM TMJ tercalon dalam perebutan jawatan Presiden FAM yang akan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 25 May 2014. Pada artikel kali ini, penulis suka menyentuh visi DYMM TMJ untuk merubah landskap bola sepak negara menjadi ke arah lebih positif.

Penulis tertarik dengan kenyataan DYMM TMJ yang dimana Baginda mahukan setiap pasukan bola sepak di negara perlu mendapat sekitar 3 juta untuk satu musim bagi menampung perbelanjaan pasukan dan juga menyentuh kepada pihak media yang perlu bermain peranan lebih tinggi untuk memberitahu kejadian sebenar di setiap perlawanan bukan mencari cerita-cerita yang tidak sahih. Pertama penulis yakin jika wang tajaan dari FAM diberikan kepada pasukan liga sebanyak RM 3 juta penulis yakin ia boleh membantu meringankan beban pasukan-pasukan bola sepak negara. Ini akan memberi impak lebih dari sudut pengurusan dan juga pembangunan bola sepak dari akar umbi. 

Peranan media adalah amat penting dalam situasi sekarang ini kerana ia merupakan salah satu tunjang kepada pembangunan bola sepak negara. Seperti mana kita tahu, media merupakan orang tengah atau duta kecil kepada bola sepak untuk meningkatkan imej bola sepak, jadi apa yang dinyatakan oleh TMJ adalah media perlu bersikap adil dan saksama dalam mengeluarkan berita tanpa ada prejudis pada setiap pasukan sepertimana berlaku kepada pasukan Kelantan ketika dahulu dan kini pasukan Johor pula.

Selain itu juga, Penulis juga amat gembira jika DYMM TMJ dipilih menjadi Presiden FAM untuk membawa FAM ke arah lebih maju dan melalui perubahan mengikut arus zaman moden bukan lagi di peringkat yang lama. Kita boleh lihat pada zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari, Malaysia merupakan pasukan digeruni oleh semua negara Asia kerana kehebatan kita dan waktu itu juga Jepun datang ke Malaysia untuk belajar cara pengurusan bola sepak Malaysia. Namun pada hari ini, Jepun sudah pun melayakkan diri ke piala dunia 2014 dengan pemain-pemain jepun sudah beraksi di Liga kompetetif di Eropah seperti Shinji Kagawa, Honda dan lain-lain lagi. Malaysia perlu satu perubahan dalam pengurusan bola sepak untuk melangkah lebih kehadapan. 





ULTRAS MALAYA BERSUARA!

STADIUM SUDAH BERSUARA!

PARLIMEN DAN DUN SUDAH BERSUARA!

RAKYAT TEPI JALAN SUDAH BERSUARA!

APA LAGI KITA MAHU? REVOLUSI FAM PERLU DITERUSKAN!

TMJ FOR PRESIDEN FAM



Disediakan oleh:


WzFadhlan




Magis Boateng terus menjadi

Kemenangan ke atas pasukan perak semalam memberikan kemenangan pertama kepada boateng sebagai jurulatih kelantan di laman sendiri. Pada perlawanan semalam merupakan salah satu perlawanan yang menarik apabila kelantan mula menguasai sepenuhnya perlawanan pada separuh masa pertama dengan semua jentera yang dikerah menjadi. Kelantan memulakan serangan melalui gerakan dari awal shawky dan piya yang hampir memberi gol pertama buat kelantan namun penjaga gol perak tangkas menyelamatkan cubaan tersebut.

Shawky penjaring gol pertama kelantan (Gambar:Gawang.com)
Pada minit ke 5 separuh masa pertama, Shawky muncul sebagai penjaring apabila menanduk masuk bola yang telah dihantar oleh Brendan Gan. Namun tempoh 10 minit terakhir, 5 kad kuning diberikan oleh pengadil kepada 3 pemain Kelantan dan 2 pemain perak. Ini menimbulkan kekecohan sedikit di dalam stadium.

Walaupun beraksi tanpa Prince Tagoe, Kelantan terus mengasak terutama gerakan 1-2 yang cantik antara Shawky dan Khairul Izuan namun Khairul Izuan gagal menyambut dengan baik bola tersebut. Khairul Izuan berjaya mencatat gol kedua Kelantan apabila menerima hantaran dari Fitri Omar hasil gerakan "Counter Attack" pada minit ke 77 separuh masa kedua.

Khairul Izuan (Gambar: MeezanDefella)
Pada minit ke 79 separuh masa kedua, Norhakim menghadiahkan gol saguhati kepada pasukan Perak apabila kesilapan pertahanan Kelantan yang memberikan ruang kepada norhakim.

Secara keseluruhan, pemain-pemain Kelantan menunjukkan prestasi terbaik setakat ini dengan taktikal 4-5-1 apabila meletakkan Kapten Marvel sebagai Attacking Midfielder Foward. Namun pujian harus diberikan kepada Brendan Gan yang bermain dengan stamina kuat apabila beliau berjaya menguasai bahagian tengah dengan baik. 

Perlawanan seterusnya adalah menentang T-Team pada 24 Mei 2014 di kuala terengganu dan selepas itu pasukan Kelantan akan bersiap ke Shah Alam pada 31 Mei 2014 untuk separuh akhir pusingan kedua Piala FA 2014

Gomo Kelate Gomo!!

Gambar: MeezanDefella


Disediakan oleh:

WzFadhalan 

Ucapan terima kasih daripada Brendan Gan


Brendan Gan yang merupakan salah seorang daripada pemain baru di dalam pasukan, disenaraikan dalam skuad The Red Warriors ketika tingkap perpindahan FAM dibuka hampir sebulan lalu.

Ikuti kata-kata Brendan Gan untuk para penyokong The Red Warriors.




#AH67

AFC 2014 - Kelantan kecundang di Ninh Binh


Vissai Ninh Binh mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengesahkan tempat di peringkat kumpulan 16 pasukan dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas pasukan Kelantan dalam perlawanan Kumpulan G yang berlangsung di Ninh Binh, Vietnam pada hari Rabu lalu.

Forkey Doe memastikan 3 Mata untuk Kelantan

Gambar: Pegawai Media Kelantan FC, En MdZuki


Kelantan berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan kedua Liga Super 2014 dimana gol dijaringkan pada minit terakhir oleh Forkey Doe hasil hantaran dari Ghaddar. Pada perlawanan semalam menampakkan Kelantan terpaksa meletakkan Zairul Fitree dan Nazri sebagai pemain tengah kerana kecerdasan pemain-pemain tengah kelantan seperti Shawky , Amar & Kecik berada di tahap rendah namun Kecik di bawa masuk untuk mengganikan Zairul Fitree.

Pada perlawanan semalam juga menampakkan Piya atau Badri Radzi terpaksa melakukan 2 tugasan iaitu bertahan dan juga menghantar bola dan ia membataskan pergerakan Kapten Marvel tersebut untuk melancarkan serangan dan kebanyakkan mengharapkan kepada Fakri dan Ghaddar.

Selain itu, Obinna, Farisham dan Nik Shahrul juga berhempas pulas untuk memastikan pertahanan tidak bocor dan menampakkan mereka bertiga berkerja 2 kali ganda berbanding pemain lain. Pada separuh masa pertama, Kelantan berjaya menguasai permainan hanya 30 minit terawal sebelum Sarawak memulakan gerakan menarik dan pantas namun penyudahnya amat tumpul. 

Pada separuh masa kedua, kelantan memulakan asakan demi asakan namun sekali lagi aksi kecewa dari bahagian serangan yang terpaksa mengawal juga bahagian tengah untuk memastikan Sarawak tidak mengawal bahagian tengah. Gol tunggal perlawanan terhasil dari gerakan sebelah kiri oleh Ghaddar menyebabkan Sani (penjaga gol) terpaksa bertindak untuk menyekat dari tepi namun hantaran Ghaddar cukup mengelirukan dan disambut baik oleh forkey doe bagi memastikan Kelantan membawa 3 mata ke Kota Bharu.

Namun diharapkan Kelantan akan memperbaiki mutu permainan pada perlawanan akan datang di Kota Bharu iaitu pada 28/1/2014 menentang Selangor PKNS.

Disediakan oleh:

WzFadhlan

RECREATIONAL

More on this category »
 
© Copyright KELANTAN FA 2010 -2011 | By GEGAR 2015