Berita Terkini :

LATEST UPDATES

LIGA SUPER : Kelantan Tekad Kekal Kedudukan Pendahulu Liga



SEKALI lagi, Kelantan akan turun menentang pasukan Felda United dalam saingan Liga Super tanpa tunggak utama mereka.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada 30 Mac 2012 mengesahkan Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi, Azizi, Subramaniam, Mat Aziz, Farisham dan Ramzul berada dalam senarai pemain yang tercedera.

Keadaan itu memaksa Bojan menggunakan pemain gantian untuk diserapkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 31 Mac 2012.

Bojan optimis Kelantan mampu mengutip 3 mata penuh daripada perlawanan menentang Felda United. Beliau percaya Nwoha yang bakal diturunkan sebagai penyerang bergandingan dengan Norfarhan mampu meletakkan Kelantan di kedudukan yang selesa.

"Jadual perlawanan yang terlalu rapat menyebabkan pemain-pemain keletihan," ujar Bojan.

"Pemain terpaksa bersedia untuk bersaing dalam 3 kejohanan, Liga Super, Piala FA dan Piala AFC. Kita perlu semua pemain sedia untuk diturunkan kerana dua perlawanan di tempat lawan (Sarawak dan Indonesia) sebelum bertemu Kedah untuk Separuh Akhir Piala FA memerlukan kita bertukar-tukar pemain, " sambung beliau.

Menjawab soalan tentang Norshahrul yang telah lama direhatkan kerana kecederaan, Bojan yakin pemain penyerang itu dapat beraksi semula pada perlawanan menentang Kedah di Kota Bharu, 21 April nanti.

Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015