Berita Terkini :

LATEST UPDATES

PIALA PRESIDEN : Kelantan Mahu Ulang Kejayaan di Johor Bahru


KELANTAN akan turun menentang pasukan dari selatan tanah air, MBJB FC, untuk saingan pusingan ke 2 Piala Presiden, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu pada jam 4.45 petang ini.

Turun sebagai pasukan pilihan, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengulangi kejayaan menewaskan MBJB FC ketika perlawanan pusingan pertama di Johor Bahru. Dalam perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1, gol-gol jaringan Aris Zaidi dan Zabbel Mat Noor.

Dua pemain skuad Presiden Kelantan yang telah dipanggil menjalani latihan dan beraksi bersama pasukan senior baru-baru ini dijangka akan memberi suntikan baru kepada rakan-rakan pemain yang lain.

Shahiran Mohd Zain yang bermain sebagai penyerang dan Fazol Nazlin Sayuti di bahagian pertahanan telah menyertai kem latihan The Red Warriors untuk persediaan perlawanan Suku Akhir Piala FA, menentang KL SPA FC, di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu

Shahiran juga telah diturunkan untuk beraksi di dalam kedua-dua perlawanan tersebut. The Red Warriors mara ke peringkat Separuh Akhir setelah menewaskan KL SPC FC dengan agreget 5-0.

Kelantan memungut 24 mata untuk menduduki tangga ke 5 dalam Kumpulan A, di belakang Sabah, Sime Darby FC, T.Team dan Kedah, manakala MBJB FC berada di tangga ke 7 dengan pungutan 16 mata.

Memulakan pusingan baru, Kelantan akan mengorak langkah awal memastikan kutipan mata pada setiap perlawanan. Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dijangka memberi ruang lebih selesa untuk Kelantan mengutip mata penuh.

Skuad Kelantan  telah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang mudah. Pemain-pemain harus bijak untuk mengawal permainan dan meletakkan lawan berada dalam keadaan tertekan sehingga mereka melakukan kesilapan.

Nafuzi Zain menggalas tugas melatih pasukan, menggantikan Ketua Jurulatih, Hashim Mustapha, yang sedang mengikuti kursus Jurulatih Lesen A anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia.

MBJB FC juga dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Kelantan di Johor Bahru baru-baru ini.

Barisan pemain-pemain Kelantan:

Kesebelasan Utama
5 Bahaman Ab Ghani
6 Faizol Nazlin (KP)
8 Mohamad Asif
9 Muhd Shahiran
12 Mohd Aris Zaidi
14 Muhd Khairudin
15 Muhd Firdaus
16 Md Norsyahrul Hawari
19 Md Norfirdaus
21 Tn Muhamad Faim
23 Muhd Syazwan (PG)

Simpanan
1 Mohd Ramdhan (PG)
3 Muizzuddin
4 Mohamad Zebeel
11 Md Qayyum
13 Md Azyu Ikmal
17 Muhd Eskandar
24 Muhd Azmi Hamzah

Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015