Berita Terkini :

LATEST UPDATES

PIALA PRESIDEN : Kelantan Tepati Ramalan, Tewaskan MBJB 3-1


KELANTAN menepati ramalan apabila menewaskan MBJB FC 3-1 dalam saingan pusingan ke 2 Piala Presiden yang berlangsung di Kota Bhau pada 29 Mac 2012.

Kelantan melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan melalui gandingan Aris Zaidi dan Shahiran yang bermain di bahagian hadapan.

Walau bagaimanapun, serangan-serangan tersebut gagal menghasilkan gol disebabkan kawalan baik pertahanan dan penjaga gol MBJB FC, Amirul Asraf.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama oleh pihak lawan, hasil serangan balas jaringan Ridzuan Yunus pada minit ke 27, setelah menewaskan 3 pemain pertahanan pasukan Kelantan.

Keputusan kekal dengan Kelantan ketinggalan 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kelantan memulakan permainan separuh masa ke 2 dengan pergerakan yang lebih meyakinkan dengan beberapa siri percubaan oleh Shahiran dan Nurfirdaus.

Gol pertama Kelantan akhirnya diperolehi daripada percubaan oleh pemain gantian, Azyu Ikmal pada minit ke 74. Tidak menunggu lama, Kelantan menambah jaringan melalui jaringan cantik oleh Norsyahrul Hawari 3 minit selepas itu.

Kelantan dianugerahkan sepakan penalti apabila Shahiran dikasari oleh Rafef Raya dalam pergelutan di depan pintu gol MBJB FC.

Shahiran menyempurnakan sepakan tersebut dengan baik untuk gol ke 3 Kelantan pada mini ke 83. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan, Kelantan 3, MBJB FC 1.

Kelantan akan bertemu SSTMI di Kota Bharu untuk perlawanan seterusnya pada 5 April 2012.

Kesebelasan Utama Kelantan
Md Ramdhan - PG (Judtanna A/L Eh Put), Muizzuddin Marzuki, Mohamad Zabeel, Faizol Nazlin - KP, Mohamad Asif ( Muhamad Azmi Hamzah), Muhd Shahiran, Mohd Aris Zaidi (Mohd Manaf Mansor), Muhd Firdaus (Md Azyu Ikmal), Md Norsyahrul Hawari, Md Nurfirdaus, Tn Muhamad Faim

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN 29 MAC 2012

SABAH 3 - 1 PDRM
SSBJ 5 - 2 T.TEAM
SIME DARBY 1 - 1 SSTMI
KELANTAN 3 - 1 MBJB FC
KEDAH 5 - 1 SDMPP

KEDUDUKAN (sehingga 29 Mac 2012)

  1. SABAH (35)
  2. KEDAH (28)
  3. KELANTAN (27)
  4. SIME DARBY (27)
  5. T-TEAM (25)
  6. SSTMI (21)
  7. MBJB FC (16)
  8. JOHOR (15)
  9. SSBJ (15)
  10. PDRM (8)
  11. MELODI JAYA FC (8)
  12. MELAKA (6)
  13. PULAU PINANG SDM FC (4)
Oleh: Amierul Hisham, KAFA Online Bulletin











Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015