Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Kafe jadi tempat pemain dan peminat Kelantan bersantai



SAMBIL menunggu bermulanya perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammed IV, para peminat Kelantan FA boleh bersantai di The Red Warriors Cafe sambil menikmati segelas minuman istimewa.

Dikenali sebagai minuman istimewa Red Warriors, ia merupakan satu campuran Nata De Coco, Ribena dan Ice Cream Soda dan dihidangkan dalam gelas tinggi.

Ditanya mengenai minuman tersebut, pengurus operasi kafe itu, Mohd Zuki Deraman, berkata minuman berwarna merah putih itu melambangkan jersi Kelantan FA.

'Kami akan memperkenalkan minuman itu kepada semua penyokong yang datang ke kafe ini,' katanya ketika ditemui Rabu lalu.

Kafe yang dibuka dua tahun lalu itu merupakan destinasi bukan sahaja kepada para penyokong Kelantan, malah para pemain pasukan tersebut, yang juga sering meluangkan masa di sana.

Selain daripada menjual makanan dan minuman, kafe itu juga menjual barangan Kelantan, seperti jersi pasukan.

'Penjualan jersi memang hangat dan stok kami semakin menurun. Kafe ini terbuka kepada semua, bukan sahaja kepada peminat kami,' katanya.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, mengalu-alukan 'kehadiran' kafe tersebut.

Kafe itu, kata beliau, boleh mempereratkan lagi hubungan pemain dengan peminat.

'Ia merupakan satu tempat di mana peminat dan pemain boleh bertemu dan berinteraksi.

'Bahkan para pemain akan ke sini untuk makan malam selepas perlawanan,' kata Azman.

Beliau selanjutnya berkata para peminat juga boleh menonton perlawanan Kelantan apabila pasukan berkenaan bermain di padang lawan.

Matlamat utama kafe tersebut, ujar Azman, bukanlah mahu mencari untung, tetapi ingin memberi peluang kepada peminat dan pemain bersantai bersama-sama.

Para pemain Kelantan juga mendapat diskaun 10 peratus setiap kali mereka makan di sana.

Ditanya sama ada pernah tercetus kejadian ganas antara peminat di kafe itu, sambil tersenyum Azman berkata:

'Tidak pernah timbul masalah seperti itu. Semua yang ke sini mahu bersantai.'

Oleh
Safhras Khan, Bertia Harian / Minggu, Singapura
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015