Berita Terkini :

LATEST UPDATES

FAM tunggu aduan rasmi KAFA


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung tindakan pemain Selangor, Amri Yahya mengasari pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Azzudin Ahmad berkata, pihaknya akan membuka kertas dakwaan jika ada kes dan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak akan melakukan siasatan selepas itu.

"Setelah menerima aduan, kita akan menyemak rakaman visual perlaanan dan laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Azzudin berkata, FAM akan menyiasat kes ini secara adil dan mengambil tindakan tatatertib terhadap Amri jika terdapat bukti kukuh.

Sementara itu, Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan menghantar laporan dan bantahan secara rasmi kepada FAM secepat mungkin.

"Kita masih menunggu salinan rakaman perlawanan sebagai bahan bukti dan akan membuat analisis sebelum membuat laporan dan bantahan kepada FAM," katanya.

Beliau berkata isi laporan dan bantahan juga mempersoal sikap pengadil yang seolah-olah tidak mempedulikan insiden yang berlaku di depan matanya," katanya.

SINAR HARIAN, 2 Julai
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015