Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Jangan jual perlawanan: FAM

PEMAIN Terengganu mengadakan latihan sambil diperhatikan
 jurulatih, Zakari Anas di Padang MRSM, semalam.
- Foto Afif Abd Halim
Sepak mula pertandingan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) XV akan disingkap tirainya hari ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran kepada pemain dan pasukan yang bertanding supaya jangan sesekali berani ‘menjual beli’ perlawanan. 

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Bola Sepak SUKMA XV, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pihaknya akan meletakkan pasukan pemantau khas bagi memastikan gejala itu tidak mencemari temasya itu dan bola sepak negara.

"Ini keputusan penting dan kita mahu sebarang cubaan merasuah pemain atau pengendali mana-mana pasukan bertanding dapat dibanteras awal." 

"FAM serius dalam isu rasuah dan mereka yang terbabit dalam perbuatan ini akan dikenakan tindakan setimpal," katanya pada sidang media di Kuantan, semalam. 

Hamidin berkata, semua persiapan untuk melangsungkan pertandingan sudah siap sepenuhnya dan pasukan yang mengambil bahagian juga sudah tiba. 

“Kita berharap semua pasukan yang bertanding dapat memperagakan aksi terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung,” katanya. 

Sementara itu, tuan rumah Pahang akan memulakan kempen dengan menentang juara bertahan, Terengganu di Stadium Darul Makmur jam 4.45 petang ini.

Tinjauan mendapati Terengganu yang dibimbing Zakari Anas dan pemainnya tekun menjalani latihan terakhir di padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, semalam. 

“Saya harap pemain dapat memperagakan aksi terbaik sekali gus mengutip tiga mata pertama esok,” kata Zakari.

BERITA HARIAN
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015