Berita Terkini :

LATEST UPDATES

"Tak Perlu Panik"


"TAK perlu panik," kata seorang pegawai tinggi FAM apabila kisah ranking ini ditimbulkan baru-baru ini. "Ranking tidak penting," 

Apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM untuk "mempertahankan diri", pencapaian pasukan negara tetap akan dinilai oleh FIFA, dan angka ranking ini akan berubah bersesuaian dengan penilaian tersebut.

Kedudukan terendah bagi tahun ini untuk sebuah pasukan yang dikendalikan oleh seorang Jurulatih tempatan yang menerima di antara gaji yang tertinggi, pada saya amat mengecewakan. 

Diletakkan dalam kedudukan kelompok negara-negara seperti Cuba, Bangladesh, Palestin dan Kepulauan Faroe, yang daif dalam penyediaan prasarana bola sepak di negara mereka, lebih mengecewakan.

Apa kata, jika cadangan untuk mengadakan kem latihan di Eropah sebelum ini, ditukar ke Cuba, atau Bangladesh. Atau jika hendak rasa nyaman tinggal di pulau, boleh cuba Kepulauan Faroe. Mungkin suasana "serba kekurangan" akan "jump start" semangat patriotik masing-masing.

Amierul Hisham
TRWFM Bulletin

---

STATUS HARIMAU MALAYA JATUH LAGI, KINI TANGGA 157
SINAR HARIAN

Keputusan satu seri dan satu kemenangan dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antabangsa baru-baru ini menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam apabila berada di tempat ke-157 dunia.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal itu merosot tiga anak tangga berbanding 154 pada bulan lepas.

Penurunan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni kedudukan ke-148 pada anuari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April, 153 (mei) dan tangga ke-154 bulan lepas.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Cuba (150), Bangladesh (151), Palestin (154) dan Kepulauan Faroe (155) yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (153).

Pada peringkat Asia, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan ke-28 daripada 46 negara.

BERNAMA
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015