Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Che Nasir belum terima surat pertuduhan FAM



PENGURUS Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengesahkan belum menerima sebarang surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung dakwaan menyerang pegawai perlawanan ketika pertemuan play-off menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka, 19 Julai lalu.

“Saya sedia untuk dihakimi dan dikenakan hukuman jika didapati bersalah. Saya sedia memberi keterangan sekiranya diarah berbuat demikian tetapi setakat ini, saya belum menerima sebarang surat daripada FAM berhubung insiden itu. “Saya harap pertuduhan ini tidak akan menjejaskan persiapan Pahang mengharungi cabaran Piala Malaysia,” kata Che Nasir.

Selain beliau, dua lagi pegawai Pahang yang turut berdepan tuduhan sama ialah penolong pengurus, Zainal Abidin Hassan dan fisio pasukan.

Mereka boleh dikenakan hukuman gantung empat perlawanan dan denda RM2,000 jika didapati bersalah.

Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang memutuskan untuk menghantar surat pertuduhan kepada tiga pegawai pasukan Pahang itu selepas meneliti rakaman video insiden berkenaan. Mereka akan didakwa mengikut Kesalahan 3.1 Kod Tatatertib Edisi 2011.

METRO
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015