Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Happy rai anak-anak yatim dan pelanggan setia sempena Ramadan



Kota Bharu, 8 Ogos 2012 - happy, satu-satunya jenama prabayar yang menawarkan kadar rata terendah di Pantai Timur, telah meraikan anak-anak yatim dan pelanggan setianya pada 8 Ogos di Majlis Iftar yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu.

Seramai 50 orang anak yatim dari tiga rumah perlindungan di sekitar negeri Kelantan dan 90 orang pelanggan setia happy turut serta di majlis berkenaan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pemain bolas sepak negeri Kelantan, The Red Warriors.

Menurut Ketua Wilayah Pantai Timur Happy, Jennifer Neal, majlis berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat happy untuk membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberikan keceriaan kepada mereka ketika menyambut Ramadan dan Aidil Fitri yang bakal menjelang.

"Ia juga adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mendekati dan beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan setia kami di samping menghargai sokongan mereka terhadap Happy.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan Ahli-Ahli Majlis KAFA yang telah bersama kami dalam menjayakan majlis berbuka puasa hari ini."

Dalam majlis berkenaan, setiap anak yatim turut mendapat duit raya serta cendermata daripada Happy dan The Red Warriors. Mereka juga telah diberi peluang untuk bergambar bersama-sama "hero" bola sepak pilihan mereka.

Pautan: Sebahagian daripada FOTO MAJLIS.

Mengenai Happy Prepaid
Dilancarkan pada tahun 2007, happy prepaid kini merupakan jenama mudah alih prabayar Malaysia yang menawarkan kadar rata yang terendah di Pantai Timur dan boleh diperolehi daripada wakil-wakil jualan terpilih. Di pasaran lain, happy dijual di www.happy.com.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Fairose di 016 980 0984.

TRW BULLETIN
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015