Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Jangan mudah alpa - Daudsu



PEMAIN pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin mahu rakan sepasukan tidak memandang mudah cabaran kempen Piala Malaysia musim ini kerana diundi dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, sikap terlalu yakin boleh memerangkap The Red Warriors (TRW) yang akan memulakan saingan kempen Piala Malaysia berdepan Terengganu di tempat lawan, 22 Ogos ini.

Dia mengaku tiga pasukan lain turut memiliki kekuatan tersendiri dan mampu meranapkan peluang Kelantan andai barisan pemain TRW alpa.

Sehubungan itu, dia serta rakan sepasukan sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar bagi memastikan Kelantan yang kini gah dengan gelaran juara Piala FA dan Liga Super mampu melepasi peringkat kumpulan.

“Yang penting kita harus fokus kepada setiap perlawanan dan turun dengan komitmen tinggi bagi mencapai kejayaan.

“Pemain juga tidak mudah terperangkap dengan pujian atau komen daripada pasukan lain yang meletakkan Kelantan sebagai pasukan pilihan kerana ia boleh menjejaskan tumpuan,” katanya di Kota Bharu, semalam. Mohd Daudsu bagaimanapun optimis TRW mampu melangkah lebih jauh musim ini berbanding peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu selepas dikecewakan Terengganu.

Katanya, perlawanan pertama berdepan Terengganu di tempat lawan pada 22 Ogos ini dianggap perlawanan ulangan suku akhir Piala Malaysia musim lalu.

“Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing dan saya yakin perlawanan itu berlangsung penuh dramatik,” katanya.

METRO
.

Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015