Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Pafa harap padang segera diperbaiki



PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berharap kerja-kerja memperbaiki padang di Stadium Perak dilaksanakan segera agar siap sebelum sepak mula Piala Malaysia 2012 bermula 22 Ogos ini.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata Pafa menerima arahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya permukaan padang stadium diperbaiki segera.

Berikutan itu Pafa sudah menulis surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta pihak berkuasa tempatan itu segera melaksanakan kerja serta menutup stadium hingga 22 Ogos .

Katanya, Perak kini terpaksa berlatih di padang Sekolah Menengah (SMK) Anderson, Ipoh serta tidak dapat mengadakan sebarang perlawanan persahabatan di Ipoh.

“Stadium Perak akan ditutup hingga sebelum Piala Malaysia bermula. FAM mahu padang stadium diperbaiki.

“Saya harap MBI melaksanakan segera kerja serta menutup stadium. Kegagalan memperbaiki stadium akan menyebabkan perlawanan tidak boleh diadakan di Ipoh,” katanya.

Azwan berkata, MBI baru-baru ini melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap lampu limpah stadium.

Berikutan penutupan stadium, Perak tidak dapat mengadakan tiga siri perlawanan persahabatan menentang Kedah, malam kelmarin, ATM dan Harimau Muda di Ipoh.

“Dua perlawanan diadakan di tempat lawan manakala kami menguruskan perlawanan dengan Harimau Muda di daerah lain,” katanya.

Sementara itu, pemain yang baru dipinjam, Mohd Fariss Azlan Mat Isa meminta tempoh dua minggu untuk membuktikan kemampuan sebenar kepada majikan barunya dalam kancah Piala Malaysia.

Pemain itu memberi jaminan itu ketika menyahut cabaran dilontar Azwan dalam pertemuan dengannya serta dua lagi rakan sepasukan yang turut menyertai Perak secara pinjaman iaitu kapten, Mohd Reithauddin Awang Embran dan Zuraindey Jumai.

METRO
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015