Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Ranking tidak penting, Malaysia makin merosot


Bagi Rajagobal dan pengurusnya, ranking Fifa tidak penting kerana ia tidak menampilkan aksi sebenar skuad negara sekalipun pendapat mereka bercanggah dengan pendirian Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sama ada ranking penting atau tidak, ia akan menjadi penanda aras kedudukan Rajagobal apabila Harimau Malaya turun mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini.

Amierul Hisham, TRW Bulletin

---

KITA MAKIN MEROSOT

KURANG menyertai perlawanan antarabangsa kelas A menjadi antara sebab pasukan Malaysia kekal pada ranking ke-157 dunia.

Ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menunjukkan mata dikumpul skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal merosot bulan lalu.

Walaupun skuad negara terbabit dalam dua perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Manchester City bulan lalu, ia tidak dikira dalam penilaian mata Fifa.

Senarai kedudukan terkini itu menunjukkan pasukan Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Nepal yang berada pada ranking ke-155, Palestin (154) dan Kepulauan Curacao (158).

Biarpun begitu, bagi Rajagobal dan pengurusnya, ranking Fifa tidak penting kerana ia tidak menampilkan aksi sebenar skuad negara sekalipun pendapat mereka bercanggah dengan pendirian Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sama ada ranking penting atau tidak, ia akan menjadi penanda aras kedudukan Rajagobal apabila Harimau Malaya turun mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (156).

Singapura, dengan ranking 162 dunia, berada di belakang Malaysia.

England, yang sebelum ini menghuni tangga keempat, merampas tempat ketiga ranking dunia daripada Uruguay selepas mengumpul 1,294 mata berbanding pasukan dari Amerika Selatan itu, 1,236 mata.

Sepanyol dan Jerman masing-masing kekal pada ranking pertama dan kedua dunia.

METRO

Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015