Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Pengurusan Bola Sepak Negeri Diminta Bersikap Lebih Profesional - Shabery


KEMAMAN, 20 Sept - Pengurusan bola sepak negeri termasuk pemain diminta melakukan proses transformasi dengan lebih bersikap profesional, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata aspek tersebut perlu dilihat secara menyeluruh kerana ia adalah antara garis panduan yang ditetapkan badan induk bola sepak dunia, FIFA untuk memastikan sesuatu liga itu berada pada tahap yang tinggi.

Malah, katanya perlunya mereka yang terlibat dalam bola sepak tempatan menjadikan sukan itu sebagai industri tumpuan kerana pihaknya mendapati masih terdapat pengurusan bola sepak negeri yang ketandusan idea untuk penjenamaan semula pasukan masing-masing.

"Kita tiada pengurusan yang memikirkan bagaimana menonjolkan penjenamaan semula kepada nama-nama pasukan yang berkenaan kerana kebanyakannya diuruskan oleh orang yang mungkin sifatnya yang sesuai untuk zaman amatur dulu.

"Ia perlu dilihat ke depan...bagaimana menonjolkan nama kelab ataupun pasukan sebagai sesuatu yang dapat menarik dan mendidik orang ramai kerana kekuatan pada arena bola sepak ialah pada penonton ataupun penyokong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda pengurusan dan pemain Terengganu dalam saingan Piala Malaysia, baru-baru ini.

Bernama
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015