Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Ranking Fifa penting: Fuad


PENOLONG Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud mengakui kepentingan ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Mengikut kedudukan terkini Fifa, skuad bergelar Harimau Malaya menghuni tangga ke-156 dan muncul pasukan keempat terbaik Asia Tenggara di belakang Thailand (131), Vietnam (146) dan Filipina (150).

"Untuk memasuki perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia dan Sukan Olimpik ia berdasarkan kedudukan ranking sesebuah negara.

"Kalau ranking rendah, ini bermakna peluang pasti sukar dan kita akan berdepan lawan yang kuat pada pusingan awal.

"Jadi, ini menunjukkan ranking adalah penting," katanya ketika ditemui Sinar Harian di UiTM Shah Alam, kelmarin.

Ahmad Fuad berkata, pasukan kebangsaan harus memperbaiki ranking supaya dapat mengatasi negara jiran serantau.

"Kejohanan AFF Suzuki 2012 adalah medan terbaik pasukan kita melonjakkan kedudukan lebih baik kerana acara bola sepak Sukan SEA tidak menawarkan pengiraan mata," katanya.

SINAR HARIAN
.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015