Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Perjuangan Diteruskan, Ayuh Ke Shah Alam 15 Februari


KOTA BHARU, 11 Februari - Setelah berehat tiga minggu, Kelantan akan kembali mengharungi saingan Liga Super 2013 dengan menentang Selangor di Shah Alam pada 15 Februari nanti. 

Membuka tirai musim ini dengan kekalahan tipis kepada ATM melalui sepakan penalti ketika perlawanan Piala Sumbangsih, keputusan perjuangan awal Kelantan sebagai juara treble musim lalu mengundang kerisauan di kalangan penyokong-penyokong.

Setelah mengharungi lima perlawanan Liga Super, Kelantan berada di tangga ke 7 dengan pungutan 6 mata hasil daripada 1 kemenangan (PKNS FC), 3 keputusan seri (DTFC, Felda United FC, Negeri Sembilan FA dan tumpas sekali (T-Team FC).
05.01.13
PS
ATM FA
(4) 1 – 1 (3)
KELANTAN FA
09.01.13
LS
KELANTAN FA
2 – 1
PKNS FC
12.01.13
LS
PBDKT T-TEAM FC
1 – 0
KELANTAN FA
15.01.13
LS
KELANTAN FA
1 – 1
DARUL TAKZIM FC
18.01.13
LS
FELDA UNITED FC
0 – 0
KELANTAN FA
22.01.13
LS
KELANTAN FA
0 – 0
NEGERI SEMBILAN FA

Kegagalan bertindak cemerlang di bahagian serangan menyebabkan pertemuan-pertemuan “mudah” masih tidak berpihak kepada Kelantan.

Penyerang import pasukan, Keita Mandjou, menjadi sasaran kemarahan penyokong kerana gagal beraksi seperti seorang penyerang yang digeruni.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, walau bagaimanapun percaya situasi akan berubah apabila Kelantan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk pertemuan dengan pasukan Selangor pada hari Jumaat nanti.

Tiga minggu masa rehat telah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan di jentera serangan. Dalam dua perlawanan persahabatan yang diatur, Kelantan telah bermain dengan lebih baik untuk mengikat Juara Liga Premier Indonesia, Semen Padang FC dengan keputusan seri 1-1.

Dan pertemuan berikutnya, persefahaman yang lebih baik di kalangan pemain menyaksikan Kelantan berhasil menewaskan Felda United FC dengan dua jaringan gol tanpa balas.

Walaupun kedua-dua perlawanan tersebut turut disertai oleh Dimitri Petratos (Skuad AFC Kelantan) dan dua pemain import ujian, penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, dan pemain sayap Salim Arrache dari Peranchis, penampilan pemain-pemain tempatan yang bermain dengan lebih kemas sebagai satu pasukan menjadi faktor penyumbang kejayaan yang utama.

Keyakinan semakin terbentuk di kalangan pemain-pemain pasukan. Kesungguhan semakin terserlah dalam setiap sesi latihan yang dijalankan. Kawalan emosi dan juga tekanan menjadi semakin baik.

Juara Treble adalah pada musim lalu. Gelaran tersebut memang bukan saja menjadi kebangaan pasukan, tetapi juga oleh setiap penyokong pasukan. Hinggakan mereka yang tidak pernah meminati sukan bola sepak, mahupun ambil tahu tentang The Red Warrriors, mula mahir mengingati setiap nama dan posisi pemain.

Ia suatu kenangan manis. Dan untuk menjamin kesinambungan kejayaan, kegembiraan menjadi Juara Treble musim lalu, harus diletak ke tepi kerana di musim ini, semua pasukan mahu menewaskan si Juara.

Menyedari hal tersebut,  Tan Sri Presiden sendiri telah berpesan, bukan saja kepada pemain, tetapi juga kepada pegawai-pegawai pasukan. Lupakan kejayaan lalu, dan teruskan dengan perjuangan yang baru.

Sekali lagi, pada 15 Februari ini, pasukan menagih sokongan tanpa berbelah bahagi daripada semua penyokong untuk terus memberi kepercayaan dan menyokong pasukan. Ia bukan perlawanan yang mudah kerana Selangor, selain daripada meneruskan Misi 33 mereka, dibarisi oleh pemain-pemain handal dan pasukan mereka lebih konsisten dalam saingan Liga musim ini.

Di Stadium Shah Alam, pada hari Jumaat 15 Februari ini, pasukan memerlukan anda, “The 12th Players”. Kita pernah berjaya mendominasi stadium lawan, dan marilah sekali lagi kita gegarkan stadium tersebut dengan laungan “Gomo Kelate Gomo”.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015