Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Chonburi FC mula main psikologi



MENJELANG perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya malam ini, Ketua Jurulatih Chonburi FC, Withaya Lohakul mula bermain perang psikologi dengan memberi bayangan menumpaskan mereka umpama menang ke atas pasukan kebangsaan Thailand.

Jelasnya, mengakui Harimau Malaya sebuah pasukan yang kuat dan sentiasa menjalani perlawanan persahabatan, itu bukan halangan buat anak didiknya mencapai kemenangan dalam pertemuan ini.

“Kejayaan pasukan menewaskan skuad kebangsaan satu semangat buat kita untuk terus mencapai kemenangan dan jika tewas malam ini ia umpama Harimau Malaya menang ke atas pasukan Thailand.

“Kami akan menurunkan beberapa pemain berpengalaman di posisi penjaga gol, pertahanan kiri dan kanan dan persembahan mala mini pastinya menarik untuk ditonton peminat,” katanya.

Ditanya mengenai pemain Harimau Malaya yang perlu diberikan perhatian anak didiknya, Lohakul memilih Safee Sali kerana pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan dan negara sebelum ini.

“Safee sememangnya seorang pemain hebat dan mampu melakukan sesuatu untuk pasukan mencapai kemenangan namun barisan pertahanan telah bersedia merantai pergerakan pemain ini,” katanya.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015