Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Harimau Malaya beraksi hambar

SKUAD Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar apabila hanya mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Chonburi FC pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Anak didik Datuk K. Rajagobal itu nyata gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila melepaskan beberapa cubaan yang tersasar.

Beraksi tanpa Safee Sali yang diletakkan selaku pemain simpanan, Harimau Malaya memulakan gerakan menyerang dengan kombinasi Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Amri Yahyah.

Memasuki lima minit seterusnya, corak permainan skuad kebangsaan lebih kepada bertahan dengan pergerakan bola banyak berlegar dibahagian tengah yang dikawal pelawat.

Selepas itu, pemain tengah Mohd Nor farhan Muhammad hampir membolosi gawang lawan apabila mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-19 namun sepakan deras yang dilakukannya berjaya didakap kemas oleh penjaga gol Chonburi FC, Panupong Pijittham.

Anak didik Rajagobal sekali lagi berpeluang mendahului pelawat namun tandukan sipi dari Aidil Zafuan yang menyambar sepakan penjuru berjaya ditangkap kemas Hatrairattanakool pada minit 26.

Gawang Harimau Malaya diuji buat kali pertama melalui sepakan kencang Irfan Bachdim minit ke-27 namun Farizal Marlias yang diturunkan selaku penjaga gol utama mengagalkan usaha pelawat mendahului skuad kebangsaan pada masa separuh pertama.

Bermula babak kedua, corak permainan Harimau Malaya sedikit berbeza dengan melancarkan serangan bagi memburu gol namun kekebalan benteng pertahanan pelawat yang dipimpin Anderson Dos Santos menggagalkan usaha mencari gol.

Menyedari jenteran serangan dan bahagian tengah perlu bergerak lebih pantas serta berkesan, Rajagobal membuat pertukaran dengan memasukan Norsahahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Nazrin Nawi , Putera Nadher Amarhan dan Ashari Samsudin.

Kemasukan pemain berkenaan nyata mengubah corak permainan namun gagal memecahkan kebuntuan jaringan dengan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
SINAR HARIAN
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015