Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Harimau Malaya perlu realistik


BUKAN tidak yakin kemampuan sendiri, namun bertemu Chelsea, antara kelab gergasi England bukanlah perkara mudah, walaupun ia berstatus perlawanan persahabatan.

Sebaliknya, pertahanan Harimau Malaya, Mahali Jasuli mahu pasukan bersikap realistik dan tidak terlalu mengharapkan kemenangan ke atas skuad bimbingan ‘Special One’, Jose Mourinho.

“Bukan merasakan diri lemah, sebaliknya kita perlu tahu status lawan ditentang. Mereka pasukan hebat. Namun, saya tidak nafikan kelebihan Harimau Malaya. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Paling penting gawang harus dijaga agar tidak dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar,” katanya berjanji akan beri persembahan terbaik.

Bagi Mahali, peluang beraksi menentang The Blues harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Peluang ini jarang diperoleh. Jadi ini masanya untuk setiap pemain belajar sesuatu dan mencari pengalaman baru,” katanya.

Mahali yang mengalami kecederaan pada bahu bagaimanapun tidak dapat dipastikan, sama ada diturunkan atau sekadar menghiasi bangku simpanan.

“Sakit sudah beransur hilang, cuma rasa kurang selesa. Apa pun segalanya bergantung kepada laporan perubatan nanti,” katanya.

Skuad Datuk K Rajagobal akan bertemu Chelsea di Stadium Shah Alam, esok bermula jam 9.45 malam.

SINAR HARIAN
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015