Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Integriti bukan perkara baru

Malaysia Super League (MSL) dan Integriti pernah mengadakan satu seminar suatu ketika dulu di hotel Bluewave Shah Alam. 

Di majlis yang sama, bermulalah satu episod hitam untuk Timbalan Presiden FAM ketika itu, Tan Sri Annuar Musa apabila kenyataan beliau mengenai skuad senior kebangsaan yang dipetik media telah dianggap menyalahi Statut 88 FAM dan telah dikenakan tindakan oleh badan induk bola sepak negara.

Kempen integriti di peringkat pasukan dan Liga Malaysia telah dilancarkan ketika perlawanan akhir Piala FA 2011, di antara pasukan Kelantan dan Terengganu, oleh Tan Sri Annuar yang kini sedang menjalani tempoh penggantungan.

Ia kembali mendapat perhatian umum apabila pada 23 Mei baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, YB Khairy Jamaluddin meminta semua persatuan bola sepak negeri menubuhkan Jawatankuasa Integriti di peringkat pasukan. Satu lagi kenyataan menyusul pada 25 Mei, apabila Timbalan Presiden FAM, DYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menekankan kepentingan perkara yang sama.

Dan, pada 14 Julai baru-baru ini, Setiausaha Agong FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin diberitakan telah bersama-sama Tan Sri Aseh Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM dalam mesyuarat yang membincangkan hal berkenaan integriti. Satu kenyataan media dikeluarkan oleh Dato' Hamidin pada hari berikutnya.

Di peringkat pengurusan pasukan The Red Warriors mungkin belum ada jawatankuasa khusus Integriti di peringkat persatuan, tapi nilai integriti yang ada dalam setiap pegawai dan pemain pasukan jauh mendahului apa yang boleh dihasratkan terlaksana melalui sebuah jawatankuasa.

Mungkin kerana integriti, TRW muncul juala treble musim lalu. Mungkin kerana integriti, TRW bangkit semula walaupun goyah di awal musim ini.

Amierul Sham ‪#‎AH67‬
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015