PENOLONG Jurulatih skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Ismail Ibrahim memberitahu, mereka menjalani latihan sepanjang Ramadan tanpa kehadiran tiga pemain utama.
Pemain berkenaan, Leonel Nunez, Andrezinho dan Nurul Azwan Roya.
"Latihan kami hanya berlangsung pada sebelah malam di Kompleks Seri Gelam. Mereka yang cedera sedang menerima rawatan. Azwan Roya kembali ke Kelantan kerana masalah kesihatan ibunya dan beliau diberi cuti panjang," katanya.
Johor DT kini dikendalikan Ismail sehingga kehadiran semula Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad, Sabtu ini.
Pasukan bergelar Harimau Selatan itu sekarang menumpukan pemburuan trofi Piala Malaysia selepas selesai menamatkan saingan Piala FA dan kempen Liga Super, baru-baru ini.
Mereka di jangka mengadakan aksi persahabatan menentang kelab Singapura sebelum menghadapi pertandingan sebenar yang berlangsung pada 20 Ogos depan.
SINAR HARIAN
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.