Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Morten Lundal CEO baru Maxis

KETUA Pegawai Komersial Vodafone Group Morten Lundal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis Bhd yang baru, berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pemilihan Lundal adalah tepat dalam membantu syarikat itu terus meneraju pasaran telekomunikasi tempatan.

“Kami gembira untuk mengalu-alukan Lundal ke Maxis. Kami yakin kami telah mengenal pasti orang yang tepat.

"Beliau telah menunjukkan keupayaan untuk mengambil langkah-langkah berani dan membuat perubahan radikal untuk menyelaraskan organisasi untuk perubahan yang dijangka dalam industri dan permintaan pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum menjadi ketua pegawai komersial di Vodafone, Lundal adalah CEO Serantau yang bertanggungjawab kepada lapan syarikat yang beroperasi di Eropah Tengah dan Afrika.

Pada 2004, Lundal dilantik CEO DiGi Malaysia di mana beliau memainkan peranan penting dalam memulakan pelbagai perubahan penting untuk transformasi dan pertumbuhan DiGiMalaysia sebelum menyertai Vodafone pada 2008.

Di bawah kepimpinan beliau, pasaran mudah alih, pendapatan dan harga saham DiGiMalaysia meningkat dengan ketara.

Sementara itu, Lundal berkata, beliau berharap untuk menggunakan pengalaman dan tenaga untuk membina kekuatan sedia ada Maxis dalam industri telekomunikasi di Malaysia.

Lundal memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IMD Lausanne dan Ijazah Sarjana Perniagaan dan Ekonomi dari Sekolah Pengurusan Norway.

SINAR HARIAN
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015