Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Piala Malaysia : Sathia mahu elak Kelantan


KEGAGALAN untuk menamatkan musim di dalam kelompok empat teratas menjelmakan ‘mimpi ngeri’ buat B Sathianathan yang kini berdepan prospek berdepan salah satu daripada pasukan pilihan pada peringkat kumpulan Piala Malaysia yang bakal berlangsung selepas Aidilfitri ini.

Dengan undian Piala Malaysia bakal dilangsungkan pada 27 Julai ini, teka-teki berlegar di minda pengendali Angkatan Tentera Malaysia mengenai tiga lawan yang bakal ditemui di peringkat kumpulan pada kali ini dengan salah satu daripadanya pastinya juara Liga Super, Lions XII, naib juara, Selangor, Johor Darul Takzim dan Kelantan.

Selepas selesa mengatasi cabaran Kelantan, Terengganu dan Kedah musim lalu dalam laluan kemaraan ke final, Sathia tetap berwaspada dengan cabaran yang dicetuskan empat pasukan tersebut dengan menamakan juara Piala FA, Kelantan sebagai pasukan yang mahu dielakkan ketika bola dikeluarkan daripada balang pada undian kali ini.

“Saya tahu jika pemain bermain pada tahap kemampuan yang sebenar, kami mampu menewaskan sesiapa.”

“Namun, sekiranya ditanya mengenai pasukan yang mahu dielakkan, seboleh-bolehnya saya tidak mahu diundi bersama-sama Kelantan kerana mereka adalah pasukan yang berada pada prestasi terbaik yang dilihat pada penghujung saingan Liga Super lalu.”

“Selain itu, kami juga tidak mahu bertemu tiga lagi pasukan pilihan, Selangor, Johor dan Lions XII namun kami tidak boleh mengelakkan diri daripada bertemu salah satu daripada mereka. Kegagalan menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas bermakna kami sudah pasti akan bertemu salah satu daripada empat pasukan pilihan ini pada undian akan datang,” katanya.

Sebagai rangka persiapan bagi menghadapi kejohanan domestik tertua di tanah air, ATM akan mengambil bahagian dalam Piala FAM-FAS yang julung kali diperkenalkan, dijadualkan pada 12 & 13 Ogos ini.

ATM yang mengambil tempat Kelantan yang dikhususkan buat juara Piala Malaysia berikutan The Red Warriors yang dijemput menerusi slot Piala FA, akan bertemu juara Piala Singapura, Warriors FC di Singapura pada 13 Ogos.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015