Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Piya kunjungi keluarga mangsa korban


Pengurus pasukan The Red Warriors, Tuan Hj Azman Ibrahim mengetuai rombongan pasukan menziarahi keluarga Allahyarham adik Amir Azri Lani di Kampung Sungai, Bachok petang semalam.

Allahyarham adik Khairul, 11, adalah mangsa yang terkorban dalam insiden kemalangan lif di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Rombongan yang disambut oleh ibu saudara mangsa, Nor Aznira Mat Zain, 37, turut disertai oleh Ketua Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya) dan Pegawai Media KAFA, Mohd Zuki Deraman.

Pengurus Operasi The Red Warriors Sdn Bhd, Amierul Hisham dan pengarang majalah sukan Dunia Warriors, Wawan Faiz, turut hadir dalam kunjugan yang berlangsung hampir sejam.
Nor Aznira berkata, mangsa amat rapat dengan suaminya, Noor Asnizam Mohd Noor, 37, dan mereka berkongsi minat yang sama. Jika ada kelapangan, mangsa akan mengikuti Asnizam menyaksikan perlawanan The Red Warriors yang berlangsung di Lembah Kelang.


Ibu mangsa, Nor Hazilah Mat Zain, 39, terpaksa bergegas balik ke Kuala Lumpur sehari selepas jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kubur Besar, Kampung Sungai, untuk persiapan menerima kunjugan DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Mangsa adalah penyokong muda pasukan The Red Warriors dan amat meminati Piya. Malah menurut Nor Aznira, mangsa turut memasang angan untuk berjumpa Piya apabila keluarganya pulang bercuti untuk perayaan Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Nenek mangsa Che Ani Che Soh, 58, yang ada bersama berkata beliau masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa cucunya dan berasa terharu dengan kunjungan pasukan The Red Warriors. 

Menurut beliau, jika cucu beliau masih ada, sudah pasti ia menjadi kenangan paling manis apabila dapat berjumpa Piya.

AMIERUL HISHAM #AH67
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015