Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Rosfaizul rebut posisi penjaga gol utama


SELEPAS pulih daripada kecederaan lutut, penjaga gol kedua Pahang, Rosfaizul Azuar Ali berazam untuk merampas kembali tugas penjaga gol utama daripada Khairul Azhan Mohd Khalid.

Sebelum itu, kecederaan penjaga gol utama, Mohd Nasril Mat Nordin dan Rosfaizul sendiri menyebabkan pengendalinya, Dollah Salleh menggunakan khidmat Khairul Azhan menjaga gawang Tok Gajah sejak Mei lalu.

“Kali terakhir saya beraksi ketika Pahang seri 1-1 dengan Lions XII pada 17 Mei lalu dan sudah pasti saya mahu mendapatkan kembali keyakinan jurulatih.

“Pada masa sama, saya tidak mahu terlepas peluang beraksi dalam saingan Piala Malaysia yang dilihat lebih gah dan berprestij kepada pemain di negara ini,” katanya.

Posisi penjaga gol utama pasukan itu untuk saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 20 Ogos ini menjadi rebutan selepas kedua-duanya pulih daripada kecederaan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Khairul Azhan yang juga mesra dipanggil Yan memberitahu, dia tekad untuk membuktikan kemampuannya walaupun mengakui bukan tugas mudah, namun akan berusaha keras sepanjang latihan sebelum kempen Piala Malaysia bermula.

Sepanjang diberikan tanggungjawab selaku penjaga gawang Pahang, pemain muda berasal dari Kuantan itu membuktikan kemampuannya dan mula memikat perhatian peminat Tok Gajah dengan ketenangannya menyelamatkan cubaan berbahaya lawan.

SINAR HARIAN

Sementara itu, Nasril pula menyerahkan keputusan penjaga gawang utama kepada jurulatih dan sebagai pemain, latihan dan komitmen tinggi akan diberi penekanan sepanjang latihan yang bermula sejak Isnin lalu.
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015