Berita Terkini :

LATEST UPDATES

TRW kembali ke padang latihan


The Red Warriors menamatkan cuti 12 hari dan memulakan sesi latihan pertama malam ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.

Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih Zahasmi Ismail dihadiri oleh semua pemain pasukan, kecuali mereka yang sedang bersama pasukan kebangsaan. Obinnna Nwaneri, Dickson Nwakaeme dikhabarkan masih bercuti di luar negara dan akan menyertai pasuakan mulai 21 Julai nanti.

Untuk rekod, Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Nik Shahrul Azim dan Norfarhan Muhammad sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal. 

Mohd Badri Mohd Radzi dan Khairul Izuan Rosli menjalani latihan ringan berasingan kerana sedang mengalami kecederaa.

Enam orang pemain daripada skuad Presiden Kelantan, Faizol Nazlin Sayuti, Mohammad Asif Mohd Azman, Mohd Faiz Suhaimi, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Mohd Rozaimi Azwar Mat Noor dan Mohammad Azyu Ikmal Che Mat Nor turut dipanggil untuk menyertai latihan bersama skuad senior.


Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak juga akan kembali mengendalikan pasukan sekembalinya beliau dari percutian 21 Julai nanti.

Kelantan akan mengadakan dua perlawanan persahabatan, menentang Selangor di Shah Alam pada 1 Ogos dan T-Team di Kota Bharu pada 5 Ogos sebelum bertemu Tampines Rovers FC pada 13 Ogos di Kota Bharu untuk kejohanan antara dua juara dari Malaysia dan Singapura.

Amierul Hisham #AH67
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015