Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Wujud Liga Profesional langkah bijak - Elyas Omar


Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaksanakan Liga Profesional pada 2015 adalah keputusan bijak dalam memajukan sukan bola sepak negara. 

Bekas Naib Presiden FAM, Tan Sri Elyas Omar, berkata bukan satu kesalahan untuk FAM ‘membebaskan’ Liga Malaysia (Liga-M) dengan menswastakannya, tetapi banyak perkara harus difikirkan terlebih dulu. 

“Bagi saya, kalau Liga-M diswastakan, ia mungkin boleh membawa penambahbaikan, tetapi ia belum tentu memberi kesan baik dalam aspek melahirkan bakat baru. 

“Pada pendapat saya, ia juga bukan sesuatu yang pasti dapat meningkatkan kualiti pasukan kita kerana apa yang lebih penting ialah FAM tidak boleh terus melupakan pembangunan akar umbi,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Kerja FAM baik 

Semalam, seorang pemerhati bola sepak negara yang juga bekas pengurus pemain kebangsaan, Safee Sali, Zakaria Rahim mempersoalkan tindakan FAM yang masih belum melaksanakan liga profesional sehingga kini. 

Beliau berkata, sepatutnya bola sepak Malaysia sudah memiliki satu entiti khas dalam mengurus tadbir perjalanan liga tempatan. 
Elyas berkata, pada pendapatnya pengurusan FAM sudah cukup bagus dalam menguruskan Liga-M, tetapi tidak salah kalau masih mahu menswastakan liga berkenaan. 

“Bagi saya, FAM sudah melakukan kerja dengan baik kerana Liga-M terus mendapat sambutan. 

“Cuma apa yang berlaku sekarang kita kurang memiliki bakat yang berpotensi untuk beraksi di pentas lebih tinggi,” katanya.

BERITA HARIAN
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015