Berita Terkini :

LATEST UPDATES

PREVIEW PERLAWAN: KEL VS NEGERI SEMBILAN


Pada malam ini, pertemuan bekas juara piala malaysia dan juara bertahan piala malaysia di stadium utama negeri sembilan. Perlawanan ini menjadi tumpuan selepas pemain negeri sembilan iaitu Nazrin Nawi telah menempa nama sebagai pemain yang hebat selepas menjaringkan hatrik ketika perlawanan play-off piala malaysia.

Namun, pada perlawanan ini, pasukan TRW perlu memberi perhatian kepada Nazrin Nawi kerana kelincahan nya seperti bekas pemain kelantan yang kini beraksi untuk pasukan JDT iaitu Nurul Azwan Roya atau lebih dikenali Awe. Selain itu juga, walaupun aksi negeri sembilan di peringkat Liga Super tidak menyerlah namun dengan berbekal jurulatih terbaru, pasukan Negeri sembilan sudah menjaringkan 5 gol berbanding Kelantan dengan 3 gol setakat ini di dalam kempen piala Malaysia. Ini jelas menunjukkan Kelantan perlu bersikap rendah diri serta menghormati pihak tuan rumah kerana mereka memiliki kekuatan yang tinggi.

Kelantan juga perlu membantu penyerang mereka untuk merencana pergerakan terutama bahagian tengah sebelah kiri dan kanan yang berkemungkinan digalas oleh Faiz Subri dan Farhan dalam membuat hantaran silang kepada Dickson. Selain itu juga, pasukan kelantan perlu juga melihat kepada Modibo dan De Poras kerana pemain-pemain ini amat berbahaya jika diberi peluang terutama Modibo yang sentiasa menggunakan fizikal serta tandukan yang padu dan selain itu juga pemain berasal senegal ini kerap membantu jentera tengah untuk melancarkan serangan.

Harapan penulis adalah permainan Kelantan dapat diterjemahkan ketika perlawanan menentang pahang tempoh hari dengan aksi pantas serta tidak leka pada saat akhir.

Dan dibawah ini adalah barisan kemungkinan (pilihan penulis) untuk malam ini:


Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015