Apek & Nik Shahrul semasa di Sidang Media di TRW Kafe (Gambar dari TRWFC)
Alhamdulilah ungkapan permulaan yang penulis ingin ucapkan
Satu berita gembira buat pasukan Kelantan kerana salah satu nadi utama skuad Kelantan telah bersetuju untuk menyambung kontrak selama 5 tahun dengan pasukan Kelantan bermula dengan tahun ini sehingga 2019. Ini adalah satu-satunya pemain-pemain Malaysia yang menandatangani kontrak panjang.
Bagi penulis, kelebihan yang ada sudah pasti kepada Apek dan Nik Shahrul kerana mereka berdua sudah tentu merupakan permata utama kepada skuad Kelantan untuk masa depan bagi menggantikan permata TRW iaitu Piya yang semakin berumur.
Penulis juga suka ingin ungkapkan bahawa dengan kontrak 5 tahun ini, penaja-penaja akan datang kepada skuad kelantan kerana kelebihan Apek dan Pok Nik merupakan salah satu ikon anak-anak muda terutama anak-anak muda Kelantan dan dengan populariti mereka berdua, sudah pasti syarikat2 akan mengambil peluang menggunakan populariti mereka untuk mempromosi brand atau produk mereka sendiri dengan menaja pasukan Kelantan. Jika dilihat, sebahagian besar penaja Kelantan bagi tahun-tahun sebelumnya adalah populariti pemain-pemain seperti Apek, Mat Yo, Pok Nik, Piya, dan Kredibiliti Tan Sri sendiri.
Selain itu juga, kontrak 5 tahun ini juga boleh memberi keuntungan kepada KAFA jika mereka berdua berhasrat ingin berhijra, maka pasukan tersebut perlu menebus kontrak tersebut dan ini mengelak dari kes mencuri sana sini situ.
Tahniah buat Apek & Pok Nik!
Disediakan oleh:
WzFadhlan
|
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.