SUMBER: SINAR HARIAN (GAMBAR & HEADLINE)
Siapakah pilihan Steve Darby untuk menjadi penggempur utama kepada skuad kelantan 2014? Ini adalah perkara yang memeningkan jurulatih kita yang mengklafikasikan Forkey Doe dan Ghaddar ada kelebihan sendiri. Bagi penulis, penulis bersetuju dengan Coach SD kerana masing-masing mepunyai karekter masing-masing.
Francis Forkey Doe:
Siapa tidak kenal dengan peman ini yang mempunyai larian laju, fizikal mantap serta mempunyai kekuatan dari segi "shooting" di luar kotak serta skill mengelecek di dalam kotak juga merupakan kelebihan buat Forkey Doe. Forkey Doe adalah penyerang mantap dan juga sentiasa membantu bahagian tengah untuk menggerakkan serangan dan posisi beliau adalah CF, SS, atau AMF yang penulis lihat boleh digunakan oleh SD dan gandingan sesuai adalah Shakir Ali kerana Shakir Ali boleh bertindak sebagai penyerang dan Doe sebagai backup striker seperti dilakukan sebelum ini. Walaupun masih belum nampak hasilnya kerana melawan kelab-kelab bawahana tapi penulis percaya 18/1/2014 pasti akan memberi impak besar kerana liga sebenar adalah penentu kepada skuad kelantan.
Ghaddar:
Pemain yang mementingkan diri sendiri, style dan popular. Itu secara ringkas penulis boleh ringkaskan namun pada baru-baru ini, penulis terpukau dengan permainan beliau dengan fakri seakan menjadi. Jika dilihat, fakri mudah membaca permainan ghaddar dan ghaddar juga memahami permainan fakri, dan ini adalah satu kombinasi terbaik setakat ini. Selain itu admin juga dapat simpulkan jika permainan ghaddar seperti perlawanan menentang phatulung FC, tidak mustahil ghaddar akan memberi impak besar barisan serangan dan juga masalah kepada pertahanan lawan. Penulis suka tentang pemain ini adalah skill mengelecek, "shooting" yang padu dan juga mempunyai fizikal mantap.
Jika ditanya siapakah pilihan penulis,
Sudah pasti penulis memilih Fakri dan Ghaddar untuk melihat sekali lagi gandingan mereka ini menjadi atau tidak tika lawan Sime Darby namun ia adalah pilihan Coach Steve.
Disediakan oleh:
WzFadhlan
|
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.