Gambar: Pegawai Media Kelantan FC, En MdZuki
Kelantan berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan kedua Liga Super 2014 dimana gol dijaringkan pada minit terakhir oleh Forkey Doe hasil hantaran dari Ghaddar. Pada perlawanan semalam menampakkan Kelantan terpaksa meletakkan Zairul Fitree dan Nazri sebagai pemain tengah kerana kecerdasan pemain-pemain tengah kelantan seperti Shawky , Amar & Kecik berada di tahap rendah namun Kecik di bawa masuk untuk mengganikan Zairul Fitree.
Pada perlawanan semalam juga menampakkan Piya atau Badri Radzi terpaksa melakukan 2 tugasan iaitu bertahan dan juga menghantar bola dan ia membataskan pergerakan Kapten Marvel tersebut untuk melancarkan serangan dan kebanyakkan mengharapkan kepada Fakri dan Ghaddar.
Selain itu, Obinna, Farisham dan Nik Shahrul juga berhempas pulas untuk memastikan pertahanan tidak bocor dan menampakkan mereka bertiga berkerja 2 kali ganda berbanding pemain lain. Pada separuh masa pertama, Kelantan berjaya menguasai permainan hanya 30 minit terawal sebelum Sarawak memulakan gerakan menarik dan pantas namun penyudahnya amat tumpul.
Pada separuh masa kedua, kelantan memulakan asakan demi asakan namun sekali lagi aksi kecewa dari bahagian serangan yang terpaksa mengawal juga bahagian tengah untuk memastikan Sarawak tidak mengawal bahagian tengah. Gol tunggal perlawanan terhasil dari gerakan sebelah kiri oleh Ghaddar menyebabkan Sani (penjaga gol) terpaksa bertindak untuk menyekat dari tepi namun hantaran Ghaddar cukup mengelirukan dan disambut baik oleh forkey doe bagi memastikan Kelantan membawa 3 mata ke Kota Bharu.
Namun diharapkan Kelantan akan memperbaiki mutu permainan pada perlawanan akan datang di Kota Bharu iaitu pada 28/1/2014 menentang Selangor PKNS.
Disediakan oleh:
WzFadhlan
|
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.