Kelantan memulakan kempen Liga Super 2014 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan Sime Darby (Naib Juara Liga Perdana 2013) di stadium mohammad ke 4 malam tadi. Sebelum saingan Liga Super bermula, rata-rata peminat tidak yakin dengan kemampuan Kelantan pada permulaan liga kerana beberapa masalah timbul di kem Kelantan.
Namun, pada perlawanan malam tadi menjawab segala kerunsingan di kalangan penyokong kelantan. Pada awal perlawanan Kelantan memulakan serangan awal dengan sepakan padu dari Wan Zaharulnizam ditangkap kemas oleh penjaga gol Sime Darby dan juga sepakan leret fokrey doe agak lemah. Pada minit ke 7, Fadzli Shaari berjaya menjaringkan gol pertama beliau pada saingan Liga Super 2014 menerusi tandukan megelirukan penjaga gol kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Selepas itu, kem Sime Darby mula menrencana strategi bertahan dan "counter attack" selepas mendapat gol pertama hasil jaringan Fadzli Shaari.
Pada minit ke 14, Forkey Doe terlepas peluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila sepakan beliau melepasi palang gol Sime Darby. Pada minit ke 22, Shawky terpaksa di keluarkan kerana mengalami kecederaan dan beliau digantikan oleh Mohammad Ghaddar. Pada saat ini, steve darby mula menggunakan formasi 4-4-2 bagi mencari gol penyamaan.
Ultras Red Mania |
Selepas kemasukan Ghaddar, kebanyakan jentera tengah menggunakan hantaran "Long Ball" kepada bahagian serangan dan Sime Darby mendahului tuan rumah sehingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, kelantan mulakan serangan awal bagi mencari gol penyamaan dan gol tersebut hadir pada minit ke 59 hasil tandukan selepas ghaddar menerima hantaran dari Forkey Doe. Selepas itu gol kemenangan Kelantan hadir pada minit 80 selepas ada pemain kelantan djatuhkan dan Ghaddar sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol tersebut.
Ghaddar menjaringkan 2 gol untuk Kelantan |
Secara keseluruhan, permainan kelantan laju dan kemas cuma perlu diperbaiki dibahagian pertahanan kerana mereka masih baru dengan formasi 3-5-2 yang dibawa oleh jurulatih Steve Darby. Pada 2 perlawanan akan datang iaitu pada 22/1/14, Kelantan akan bertemu Sarawak di Stadium Kenyalang dan selepas itu pada 28 haribulan, PKNS akan berkunjung ke Kota Bharu.
Keputusan lain-lain perlawanan pada malam ini
:: Selangor 2-0 T-Team
:: ATM 2-0 Sarawak
:: Johor DT 2-0 Perak
:: Terengganu 2-1 PKNS FC
:: Kelantan 2-1 Sime Darby
Keputusan perlawanan pembukaan Liga Super 2014 (Piala Sumbangsih)
:: Pahang 1-0 Lions XII
Disediakan oleh:
WzFadhlan
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.