Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Ramalan Liga Super 2014: Apakah cabaran Kelantan?

Liga Super 2014 bakal dimulakan pertemuan dengan Piala Sumbangsih diantara Pahang dan Lion12, Namun apa yang menarik adalah cabaran buat pasukan Kelantan pada musim ini, penulis membayangkan beberapa pasukan yang bakal memberi halangan besar buat pasukan Kelantan iaitu:

PAHANG

Pahang adalah pasukan yang menewaskan pasukan Kelantan ketika Piala Malaysia 2013 hasil jaringan dari Matias Conti d stadium Shah Alam. Pada musim ini, pasukan Pahang kehilangan perancang tengah hebat kepada JDT iaitu Amirulhadi Zainal namun diingatkan bahawa Pahang berjaya mengekalkan gopinathan, azidan, alex serta matias conti dimana jentera tengah terbaik pernah dilahirkan oleh pasukan Pahang dan muncul juga Dickson atau orang besi di dalam skuad pahang bakal memberi saingan sengit kerana kekuatan fizikal bakal memberi kesusahan kepada pertahanan muda oleh kelantan selain skil mengelecek dan skil mengawal bola oleh dickson agak tinggi.

Pemain perlu diberi perhatian: Gopi, Azidan, Dickson, Matias


Penjaga Gol: 1 Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, 23 Mohd Nasril Mat Nourdin, 22 Muhammad Saufi Mohd

Pertahanan: 2 Jalaluddin Abu Jaafar, 3 Mohd Saiful Nizam Miswan, 4 Damion Delano Stewart, 6 Zesh Rahman, 13 Mohd Razman Roslan, 14 Mohd Faisal Mohd Rosli, 16 Mohd Hazri Rozali, 17 Mohd Zaiza Zainal Abidin, 18 Muhammmad Syawal Norsam, 20 Mohd Shahrizan Mohd Salleh

Tengah: 7 R. Surendren, 8 Azidan Sarudin, 11 Mohd Faizol Hussain, 15 Abdul Malik Mat Ariff, 21 Mohd Hafiz Kamal, 24 R. Gopinathan

Penyerang: 9 Matias Ruben Conti, 10 Dickson Nakaeme, 12 Azamuddin Mohd Akil, 19 Mohd Fauzi Roslan, 25 Mohd Shafie Zahari

TERENGGANU

Kembalinya Zairo, Farhan ke skuad terengganu merubah sedikit warna-warni skuad sang penyu dimana kekuatan bahagian tengah dilihat tunjang utama kepada skuad penyu 2014. Kehadiran pakar sepakan percuma dan sepakan "torpedo" Zairo pasti digunakan sehabis baik oleh jurulatih Abdul Rahman. Terengganu juga mempunyai pemain-pemain muda yang berkebolehan seperti Khariul Ramadhan, Zubir Azmi dan lain lagi. Kebolehan Farhan mengelecek serta sepakan padu dari sudut tepi juga boleh menimbulkan bahaya bagi Mamat serta Ropy.

Pemain perlu diberi perhatian:
Farhan, Zairo, Faiz Subri, Ashari, Manaf

PENJAGA GOL: 1 Mohd Izzuddin Hussin, 24 Mohd Shamirza Yusoff, 25 Mohd Sharbinee Allawee Ramli

PERTAHANAN: 2 Mazlizam Muhammad (T-TEAM), 3 Mohd Muhaimin Omar, 5 Vincent Bikana (Cameroon), 6 Nik Zul Aziz Nawawi,11 Ahmad Azlan Zainal (PKNS FC), 13 Hasmizan Kamarodin, 16 Mohd Zubir Md Azmi

TENGAH: 7 Zairol Anuar Zailani(Kelantan), 8 Ismail Faruqi Ashaari, 14 Muhammad Fakhrurazi Musa, 15 Nasril Izzat Jalil, 17 Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, 18 Ahmad Nordin Alias, 20 Mario Karlovic (Australia), 21 Mohd Nor Hakim Hassan (PKNS), 22 Mohd Ashaari Shamsudin

PENYERANG: 4 Abd.Manaf Mamat, 9 Marcio Souza da Silva (Brazil), 10 Norfarhan Mohammad, 12 Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A), 19 Mamadou Hady Bary (Guinea), 23 Mohd Faiz Subri (Kelantan)

LIONS XII

Pasukan dari tembok seberang iaitu singapura merupakan pasukan jemputan FAM dan juga merupakan juara liga super 2013. Mempunyai jurulatih baru iaitu Fandi Ahmad. Dengan barisan skuad baru, penulis yakin Lion12 mampu beri saingan kepada pasukan kelantan kerana fandi ahmad mempunyai pengetahuan luas mengenai pasukan kelantan terutama ketika beliau melatih pasukan JDT. Pemain-pemain seperti baihaki, shahril ishak sudah pun menyertai JDT1 dan JDT 2 namun taktikal fandi ahmad tidak boleh disangka dan juga keupayaan melatih pemain-pemain muda.

Pemain yang perlu diberi perhatian:
Yu Min Emmeric, Shakir, Khairul Amri

PENJAGA GOL: Mohamad Izwan Bin Mahbud, Muhammad Khairulhin Bin Mohd Khalid, Abdul Qadir Bin Mohd Yusoff

PERTAHANAN: Muhammad Shakir Bin Hamzah, Mohammad Afiq Bin Yunos, Madhu M Mohana, Mohammad Faritz Bin Abdul Hameed, Muhammad Raihan Bin Abdul Rahman, Muhammad Safuwan Bin Baharudin, Ong Yu Min Emmeric

TENGAH: Mohammad Isa Bin Abdul Halim, Gabriel Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz Bin Abu Sujad, Muhammad Nazrul Bin Ahmad Nazari, Muhammad Aqhari Bin Abdullah, Muhammad Faris Bin Ramli, Ignatius Ang Yu Heng, Muhammad Zulfahmi Bin Mohd Arifin, Samuel Benjamin S/O Nadarajah

PENYERANG: Muhammad Syafiq Bin Mohamed Zainal, Muhammad Khairul Nizam Bin Mohammad Kamal, Muhammad Sufian Bin Anuar, Mohammad Khairul Amri Bin Mohammad Kamal, Muhammad Shahfiq Bin Ghani


ATM

Skuad ATM yang dikendali oleh B.Sathianathan merupakan pasukan hebat dan merupakan musuh utama skuad kelantan kerana  ATM merupakan pasukan pertama menghancurkan rekod stadium keramat TRW pada musim lepas. ATM juga pada musim 2014 berjaya mengikat Arostegui yang membawa MPPJ menjuarai piala malaysia. Didalam skuad ATM pemain-pemain seperti Dennis Elphi, K.Rueben, Marlon, Christie Jayaseelan, Amirridzwan, Hai-O, Bruno merupakan pemain2 yang banyak memberi masalah kepada pertahanan TRW pada musim lepas dan sekali lagi mereka ini kekal dengan ATM. Pada musim ini, pertahanan TRW perlu memberi fokus 100% bagi mengengkang segala gerakan dari pasukan ATM. ATM juga dikuatkan dengan Syed Adney sebagai penjaga gol.

Pemain yang perlu diberi pehatian:
 Dennis Elphi, K.Rueben, Marlon, Christie Jayaseelan, Amirridzwan, Hai-O, Brun0, Arostegui

1. Mohd Iqbal bin Mohd Suhaimi, 2. Rueben Thayaparan Kathiripillai, 3. Nor Fazly bin Alias, 4. Raja Mohd Ridzuwan Effendy bin Raja Kamaruddin, 5. Spase Dilevski, 6. Mohd Aarul bin Ahmad, 7. Juan Manuel Arostegui, 8. Mohd Affizie Faisal bin Mamat, 9. Marlon Alex James, 10. Bruno Sebastian Martelotto, 11. Yusaini Hafiz bin Chee Saad, 12. Mohd Riduwan bin Ma'on, 13. Mohd Akmal bin Mohd Noor, 14. Rudie bin Ramli, 15. Thinagaran a/l Sanhanathaven, 16. Ahmad Fauzi bin Saari, 17. Venice Elphy ak Danny Kaya, 18. Mohd Fitri bin Omar, 19 Christie Jayaseelan a/l Devasagayam, 20. Hairuddin bin Omar, 21. Irwan Fadzli bin Idrus, 22. Syed Adney bin Syed Hussien, 23. Rezal Zzambery bin Yahya, 24. Amirizdwan Taj bin Tajuddin, 25. Mohamad Hafizuddin bin Azuhar, 26. Badrul Hisham bin Mohamad Sufian, 27. Muhammad Safwan bin Hashim, 28. Syazuan bin Hazani

JDT 1

Skuad JDT 1 memperkemaskan brand dan nama dengan membeli Pablo Aimar untuk menguatkan jentera tengah skuad JDT 1 ini. Kehadiran beberap bintang seperti Shakir Shaari, Nazrin, Daudsu, Subra, Azizi MatRose, Amri, Mahali, Amirulhadi,Irfan Fazail, Izhan Tarmizi, dan lain-lain lagi. Bagi penulis, skuad JDT 1 merupakan skuad lengkap dan semua pemain perlu diberi perhatian dan konsep Tiki Taka juga dipraktiskan oleh skuad ini.

1. Norazlan Razali 2. Azizi Matt Rose 3. S Subramaniam 4. Asrarudin Putra Omar 5. Baihakki Khaizan 6. Izuan Jarudin 7. Aidil Zafuan 8. Safiq Rahim 9. Norshahrul Idlan 10. Pablo Aimar 11. Safee Sali 12. Nurul Azwan Roya 13. Harris Harun 14. Daudsu Jamaludin 15. Shakir Shaari
16. Amri Yahyah 17. Mahali Jasuli 18. Luciano Figueroa19. Nazrin Nawi 20. Jasazrin Jamaluddin 21. Alhafiz Hamzah 22. Irfan Fazail23. Izham Tarmizi 24. Fadli Shas 25. Akram Mahinan 26. Hadin Azman


Apa yang memberi fokus oleh penulis adalah pertahanan kita yang dibarisi oleh pemain-pemain muda dan tidak banyak pengalaman untuk meghadapi pasukan-pasukan diatas namun penulis percaya dengan Steve Darby serta kepimpinan Obinna dan Nik Shahrul bakal memberi impak positif kepada pertahanan!

Moga kejayaan dan suasana positif sentiasa berada di dalam KEM KELANTAN 2014!


Disediakan Oleh:
WzFadhlan

Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015