Berita Terkini :

LATEST UPDATES

TRW 2014: Pemain Harapan atau Key Player





Setelah kehilangan 16 permata dan 1 “General”, TRW2014 sekali lagi melalui proses pembinaan semula skuad. Bermula dengan Bojan Hodak yang ingin perubahan angin, memberi surat perletakkan jawatan sebagai Jurulatih TRW 2013 dan membuat Steve Darby terpaksa menyusun semula pasukan TRW 2014 dengan taktikal dan gameplay yang baru. Kehilangan Paan dan Indra cukup memberi kesan kepada jentera tengah selain daripada Shakir yang sememangnya cukup serasi dengan Piya. Selain itu, Kehilangan Subra, Daudsu, Azizi Mat Rose ke JDT dan Rizal Fahmi kepada Selangor cukup memberi kesan kepada pertahanan terutama Obinna dan Nik Shahrul dimana mereka berdua perlu membina keserasian dan persefahaman dengan pemain baru seperti Nazri, Lim Chong Wee, dan Faizulin sayuti. Secara keseluruhan, TRW2014 tampil dengan wajah baru dan juga perlu membentuk keserasian di antara pemain-pemain lama dengan pemain-pemain baru. Namun kehadiran Shawyky, bekas pemain kebangsaan Mesir juga memberi kelegaan kepada Piya untuk membantu beliau dalam menyekat pergerakan pemain-pemain lawan terutama Matias, Dickson, Marlon, Bruno, Arostegui, Pablo, Hai-o, Azidan, Junior Estadal, Mat Yo dan lain-lain lagi. Di bahagian serangan, penulis tidak begitu gusar kerana sudah tentu penyokong-penyokong sudah pun tahu permainan Ghaddar, Forkey Doe, Fakri, dan ditambah dengan tenaga baru, Shakir Ali.

Namun, siapakah pemain harapan TRW2014? Siapa merupakan Key Player kepada skuad TRW 2014?, penulis memilih PIYA, GHADDAR, FORKEY DOE, OBINNA, NIK SHAHRUL, FAKRI, & MAMAT.




PIYA "KAPTEN MARVEL"
Pemain MVP 2013 ini memikul beban yang berat dalam skuad TRW2014 kerana semua pemain mengharapkan hantaran magis dari Piya untuk membantu menggerakkan jentera tengah selain dari menjadi “GENERAL” padang. Sungguhpun beliau merupakan harapan besar bagi TRW 2014 namun diingatkan, Piya tidak boleh beraksi untuk semua perlawanan kerana ia boleh menjejaskan kecergasan pemain ini namun penulis pasti,Steve Darby pasti ada ramuan tersendiri.





FORKEY DOE "THE SHOT GUN"
Pemain ini merupakan mesin pemusnah ketika bersama Terengganu dan Selangor. Pemain ini mepunyai fizikal yang tegap serta larian pantas dan juga mempunyai skill kawalan bola yang tinggi serta sepakan padu. Forkey Doe bakal memberi tetangan sengit kepada pasukan lawan ini kerana jika diperhatikan kebanyakan pasukan-pasukan lawan membeli pemain import pertahanan untuk menyekat pemain seperti forkey doe. Doe juga pernah memenangi kasut emas ketika bersama Terengganu dan ini memberi gambaran awal, bahagian serangan Kelantan tidaklah bermasalah.




GHADDAR "THE KILLER"
Pemain ini merupakan fenomena seram kepada jentera pertahanan lawan tika era pertama Ghaddar ke Malaysia. Pemain yang mempunyai pakej lengkap sebagai pemain hebat, kawalan bola tinggi, skill mengelecek tinggi, sepakan padu, hantaran kemas Cuma beliau mempunyai sikap pentingkan diri sendiri ini yang masalah besar bagi Ghaddar namun diharapkan 2014 ini, ghaddar dapat merubah sikap pentingkan beliau jika beliau mahu menjadi seperti Marlon. Hatrik pertama di AFC CUP 2012 cukup memberi igauan ngeri buat pasukan lawan di peringkat asean kerana Ghaddar muncul penjaring terbanyak tika itu. Penulis mengharapkan Ghaddar dapat memberi impak kepada pasukan TRW 2014


OBINNA & POK NIK "THE TANKS"

Dua gandingan hebat, membentuk keserasian dalam masa 2 tahun. Nik Shahrul, pemain yang diangkat dari piala presiden sehingga muncul sebagai pertahanan yang kental dan dapat mewakili Negara dalam masa setahun sahaja. Pemain yang sentiasa memberi impak positif tika beraksi terutama menghadapi pemain yang tegap dan tinggi seperti Marlon, Matias, Forkey dan lain-lain lagi. Obinna merupakan pemain yang memberi impak besar kepada skuad TRW2013 dan pada tahun ini sekali lagi, obinna diharapkan untuk menjaga benteng pertahanan TRW2014 dan diharapkan mampu menyekat Dickson yang kini bersama Pahang.

FAKRI "THE SUPERSUB"
Pemain yang dulunya sentiasa di cemuh terutama aksi tika Sukan Sea dijakarta, namun pemain ini mendapat tempat di hati peminat Kelantan terutama aksi beliau pada final piala FA menentang JDT kerana pada waktu itu, aksi beliau seolah-olah melepasi tahap permainan pemain Malaysia dan sejak itu, permainan beliau meningkat. Penulis meletakkan Fakri sebagai super sub kerana pemain ini banyak membantu TRW2013 terutama menentang ATM, separuh akhir Piala Malaysia 2013. Pemain ini menjadi harapan untuk menggerakkan di bahagian sayap kiri atau kanan untuk mengisi kekosongan Indra dan Paan.




MAMAT "THE OVERLAPPER"
Pemain yang mengalami kecederaan panjang, pada musim lepas, beliau terlepas aksi bersama skuad TRW2014 dan pada tahun ini, MAMAT kembali untuk meneruskan aksi lincah beliau. Penulis masih ingat tika mamat beraksi dibahagian kiri, gerakan counter attack dari mamat sentiasa menjadi dan ini memberi kelegaan sedikit buat skuad TRW 2014 kerana mamat juga merupakan pertahanan yang kental dan “lipas kudung” yang sentiasa memberi masalah kepada pihak lawan terutama bahagian kiri.





1ST ELEVEN PILIHAN PENULIS


APEK

NAZRI     OBINNA     NIK SHAHRUL     MAMAT

KECIK     SHAWKY     PIYA     FAKRI

SHAKIR ALI     FORKEY DOE/GHADDAR


SUBS:

MAT CHAH/SYAZWAN
FAIZUL NAZLIN/FAIZ SUHAIMI
ROPY/FARISHAM
GHADDAR/FORKEY DOE
FAMIRUL ASYRAFF









Disediakan oleh:
WzFadhlan
















Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015