Esok (25/1/2014) merupakan perlawanan kedua bagi pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super setelah memperoleh 3 mata di Kota Bharu tika menentang Sime Darby FC. Kini, Sarawak bakal menjadi lawan kedua bagi kelantan dan kelebihan tampak kepada Kelantan kerana jentera Sarawak agak lemah tika perlawanan pertama dan ini jelas ketiadaan Bobby Gonzalez memberi impak besar kepada Sarawak. Namun, jurulatih Albert yakin pasukan beliau akan membenam Kelantan kerana Kelantan bakal beraksi tanpa Shawky dimana beliau mengalami hamstring ketika menentang Sime Darby FC.
Di dalam perkembangan lain, Kelantan juga mungkin akan meletakkan Nazri Ahmad sebagai DMF menggantikan Shawky dan Amar (cedera buku lali) atau mungkin Piya akan mengambil alih posisi tersebut dan Ghaddar akan mengawal bahagian tengah serangan (AMF). Kecederaan Shawky memberi impak besar kepada Kelantan terutama bahagian tengah apabila Piya terpaksa bekerja lebih nanti apabila bertemu Sarawak.
Penulsi harapkan bahagian serangan (Forkey Doe & Shakir Ali) dapat membantu Bahagian tengah Kelantan untuk melancarkan serangan dan mencari gol kemenangan.
Formasi Pilihan admin adalah 4-4-2
Apek
Nazri, Pok Nik, Obinna, Ropy
Fakri, Piya,, Kecik
Ghaddar
Shakir Ali, Forkey Doe
Ramalan admin: Kelantan 2-0 Sarawak
Disediakan oleh
WzFadhlan
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.