DYMM Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ menjawab segala persoalan yang telah dikemukan kepada Baginda Tunku tentang perubahan yang telah dilakukan oleh baginda terhadap bola sepak Johor. Bermula kisah kenapa DYMM TMJ ingin merubah bola sepak Johor apabila Baginda Tunku pergi ke stadium yang mana ketika itu hanyalah dipenuhi seramai 15 orang sahaja dan sejurus tamat perlawanan tersebut Baginda Tunku mendengar jeritan "SELAMATKAN BOLA SEPAK JOHOR" jadi bermula dari situlah Baginda menjadi tonggak untuk merubah landskap bola sepak johor.
Dalam pada itu, DYMM TMJ menerima jemputan dari Astro Arena 801 untuk bersama dalam rancangan Dengan Izin yang di hoskan oleh saudara rizal hashim mengenai bola sepak Malaysia. Penulis suka menyentuh bagaimana DYMM TMJ menggunakan fenomena rebranding bola sepak kelantan sebagi model untuk merubah landskap johor dimana Kelantan membawa nama besar seperti Indra Putra ke Kelantan sebagai permulaan dalam merevolusi bola sepak Kelantan.
Gambar: The Photoshooterz |
Namun, penulis agak gembira apabila nama DYMM TMJ tercalon dalam perebutan jawatan Presiden FAM yang akan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 25 May 2014. Pada artikel kali ini, penulis suka menyentuh visi DYMM TMJ untuk merubah landskap bola sepak negara menjadi ke arah lebih positif.
Penulis tertarik dengan kenyataan DYMM TMJ yang dimana Baginda mahukan setiap pasukan bola sepak di negara perlu mendapat sekitar 3 juta untuk satu musim bagi menampung perbelanjaan pasukan dan juga menyentuh kepada pihak media yang perlu bermain peranan lebih tinggi untuk memberitahu kejadian sebenar di setiap perlawanan bukan mencari cerita-cerita yang tidak sahih. Pertama penulis yakin jika wang tajaan dari FAM diberikan kepada pasukan liga sebanyak RM 3 juta penulis yakin ia boleh membantu meringankan beban pasukan-pasukan bola sepak negara. Ini akan memberi impak lebih dari sudut pengurusan dan juga pembangunan bola sepak dari akar umbi.
Peranan media adalah amat penting dalam situasi sekarang ini kerana ia merupakan salah satu tunjang kepada pembangunan bola sepak negara. Seperti mana kita tahu, media merupakan orang tengah atau duta kecil kepada bola sepak untuk meningkatkan imej bola sepak, jadi apa yang dinyatakan oleh TMJ adalah media perlu bersikap adil dan saksama dalam mengeluarkan berita tanpa ada prejudis pada setiap pasukan sepertimana berlaku kepada pasukan Kelantan ketika dahulu dan kini pasukan Johor pula.
Selain itu juga, Penulis juga amat gembira jika DYMM TMJ dipilih menjadi Presiden FAM untuk membawa FAM ke arah lebih maju dan melalui perubahan mengikut arus zaman moden bukan lagi di peringkat yang lama. Kita boleh lihat pada zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari, Malaysia merupakan pasukan digeruni oleh semua negara Asia kerana kehebatan kita dan waktu itu juga Jepun datang ke Malaysia untuk belajar cara pengurusan bola sepak Malaysia. Namun pada hari ini, Jepun sudah pun melayakkan diri ke piala dunia 2014 dengan pemain-pemain jepun sudah beraksi di Liga kompetetif di Eropah seperti Shinji Kagawa, Honda dan lain-lain lagi. Malaysia perlu satu perubahan dalam pengurusan bola sepak untuk melangkah lebih kehadapan.
ULTRAS MALAYA BERSUARA!
STADIUM SUDAH BERSUARA!
PARLIMEN DAN DUN SUDAH BERSUARA!
RAKYAT TEPI JALAN SUDAH BERSUARA!
APA LAGI KITA MAHU? REVOLUSI FAM PERLU DITERUSKAN!
TMJ FOR PRESIDEN FAM
Disediakan oleh:
WzFadhlan
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.