Taman Rekreasi Indera Petra
Anda tidak perlu pergi jauh untuk berekreasi.
ANDA tidak perlu merancang untuk pergi jauh semata-mata untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Taman Indera Petra yang terletak bersebelahan dengan Kota Darul Naim, menawarkan pelbagai kemudahan asas untuk anda berbuat demikian.
Selain daripada menyediakan tempat untuk menjamu selera dengan pebagai hidangan tempatan dan masakan barat, taman ini juga dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak dan taman tema air "Splash".
Tinjauan KELANTAN2DAY ke lokasi baru-baru ini, taman ini tetap menjadi di antara pilihan keluarga untuk beriadah bersempena musim cuti persekolahan hujung tahun.
Taman tema air "Splash" pula menjadi pilihan utama untuk bersantai.
Wajah-wajah riang sianak kecil menceritakan rasa gembira mereka bersama keluarga dan rakan taulan. Raut senyum di wajah ibu bapa dan penjaga pula menandakan kepuasan mereka dapat mencari ruang di sebalik kesibukan tugas masing-masing untuk bersama yang tersayang.
Anda tidak perlu merancang berbulan-bulan untuk pergi jauh semata-mata untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Nilai dua jam di taman ini mungkin lebih baik dari pakej 3 hari 2 malam anda di tempat-tempat lain.
LATEST UPDATES
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.