PENYERANG sensasi Pahang, Azamuddin Akil atau Alex percaya pemain negara mampu menyajikan aksi terbaik pada pertemuan persahabatan berdepan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Jelasnya, pemain yang dipilih Datuk K Rajagobal mampu membalas kepercayaan diberikan.
"Saya berharap rakan-rakan dapat bermain sebaik mungkin dan mempamerkan aksi terpuji.
"Semoga mereka berjaya," katanya.
Alex terlepas peluang menguji skuad yang kembali dikendalikan Jose Mourinho gara-gara ditimpa kecederaan semasa saingan Liga Super lalu.
Namun begitu, anak jati Kuala Lipis, Pahang percaya skuad Harimau Malaya dapat lakukan sesuatu di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri dalam perlawanan itu nanti.
Selasa lalu, Malaysia sekadar seri 0-0 ketika melayan kunjungan kelab Thailand, Chonburi FC.
SINAR HARIAN
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.