CAHILL (kanan) akui belum ‘panas’ pada aksi pertama menentang Thailand. |
Pemain antarabangsa England, Gary Cahill menganggap Chelsea masih belum ‘panas’ pada aksi pertama pramusim dan yakin akan mempamerkan permainan sebenar apabila berdepan Harimau Malaya di Stadium Shah Alam, malam esok.
Chelsea memulakan siri Jelajah Asia 2013 di bawah kendalian pengurus baru Jose Mourinho dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas skuad pilihan Thailand di Bangkok, Rabu lalu.
Perlawanan kedua menentang anak buah Datuk K Rajagobal pasti dijadikan medan kebangkitan buat skuad Blues membuktikan kepada peminat seluruh dunia betapa seriusnya mereka untuk bersaing merebut empat kejuaraan musim depan.
“Perlawanan dengan Malaysia tidak jauh bezanya dengan Thailand yang mempamerkan permainan tersusun. Mereka mungkin lebih bertahan dan menyukarkan kami.
Malaysia akan memberikan tentangan hebat seperti Thailand dan kami perlu beraksi lebih baik berbanding perlawanan pertama,” kata Cahill selepas sesi latihan di Stadium Shah Alam, semalam.
HARIAN METRO
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.