Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata pada awalnya dua perlawanan itu sudah disahkan kedua-dua pihak, tetapi terpaksa dibatalkan kerana Uzekistan perlu menghadapi perlawanan play-off Piala Dunia bertemu Jordan pada tarikh berkenaan.
“Kita sedang mencari dua pasukan lawan baru sebagai ganti untuk dua aksi persahabatan antarabangsa itu dan berharap tidak menghadapi masalah mendapatkannya,” katanya kelmarin.
Mengenai kunjungan Harimau Malaya ke Jepun, Subahan berkata, beliau tidak mahu jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal dan barisan pemainnya berpuas hati dengan prestasi pasukan itu ketika tewas 4-1 kepada juara Liga Europa, Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Banyak kesilapan
Sebaliknya dia mahu mereka meningkatkan mutu permainan sepanjang tiga perlawanan persahabatan di Tokyo, Jepun bertemu dua kelab divisyen 1, Shimizu S-Pulse, esok dan Shonan Bellmare, Sabtu ini serta kelab divisyen 2, Tokyo Verdy, Rabu depan.
“Biarpun Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) berpuas hati dengan permainan ketika bertemu Chelsea, saya sebagai pengurus tetap menegur jurulatih memperbaiki kelemahan dan jangan berpuas hati dengan pencapaian kita ketika ini.
“Untuk bertemu Barcelona 10 Ogos ini, kita kena tunjukkan permainan dan keputusan lebih baik. Itu juga pesanan saya kepada pemain ketika bertemu Chelsea tempoh hari, walaupun bermain baik, kita banyak membuat kesilapan dan membenarkan jaringan yang tidak sepatutnya.
Skuad kebangsaan berlepas ke Tokyo, malam tadi dengan disertai 26 pemain tanpa Zubir Azmi yang cedera dan mereka dijangka pulang ke tanah air, 1 Ogos ini.
Sumber: BHarian
0 comments :
Post a Comment
TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.