Berita Terkini :

LATEST UPDATES

Kesetiaan Di dalam Bola Sepak Moden


Zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, Lagenda Hashim Mustapha, wang merupakan perkara terakhir yang difikirkan oleh para pemain bola sepak. Mereka terdahulu hanya mementingkan permainan menarik dan juga kesetiaan kepada Kelab, namun bermula era Glaticos ketikat Luis Figo, Zidane Zidan, Beckham, Ronaldo, mula membeli pemian-pemain ternama dalam pasukan Real Madrid bagi memperkuatkan jentera dari Penjaga Gol sehingga Pemain simpanan dan selepas itu dunia bola sepak telah menarik perhatian jutawan negara arab dengan pembelian Man City serta PSG dari Perancis dengan berbelanja besar untuk menawan pemain terbaik dai seluruh dunia. Tapi apakah hasilnya? Man City hanya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris sahaja sama seperti PSG dan pasukan Real Madrid pula sentiasa tersekat di separuh akhir Liga Juara Eropah, adakah wang  memainkan peranan penting? adakah wang boleh membeli kesetiaan pemain?

Setakat ini, Wang merupakan kuasa besar dan sentiasa memberi masalah kepada Kelab-kelab yang berpaksikan kepada sentimen dan kesetiaan kepada kelab seperti pasukan TRW. Ini berlaku apabila penyerang dan pemain kesayangan Kelantan iaitu Mat Yo dimana beliau melanggar kontrak perjanjian serta tidak arif tentang kontrak pemain bola sepak sehingga mendapat campur tangan dari FAM, tapi apa yang pasti kesetiaan di dalam bola sepak tidak relevan lagi bukan sahaja di Malaysia bahkan di Eropah termasuk bekas pemain manchester united yang berhijrah seperti Christiano Ronaldo dan David Beckham yang bertukar angin ke Real Madrid kerana wang namun media Eropah mula memainkan provokasi kecil dengan mengatakan Ronaldo (cr7) merindui Manchester United. Seperti juga Awe yang kini bersama JDT menyatakan keinginan pulang ke TRW pada masa hadapan, Jika dilihat pada situasi ini, kesetiaan kepada kelab masih ada namun wang juga penting dalam dunia sekarang. jadi ia perlu ada imbangan kepada pemain antara wang dan kesetiaan.

Gomo Kelate Gomo
Share this Article on :

0 comments :

Post a Comment

TRWTV tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

 
© Copyright TRW MEDIA 2010 -2011 | By GEGAR 2015